More

    HUAWEI Mate X2 dikesan di TENAA dengan sebuah telefon 5G misteri, bakal dilancar tak lama lagi

    Baru-baru ini, sebuah telefon pintar dengan nombor model TET-ANOO/TET-AN10 yang dikhabarkan merujuk kepada HUAWEI Mate X2 telah mendapat cop kelulusan dari TENAA. Ini memberi petunjuk bahawa peranti ini akan memasuki pasaran tidak lama lagi.

    Namun, informasi penuh mengenai proses pensijilan ini masih belum diumumkan lagi. Sebelum ini, sumber menyatakan peranti lipat HUAWEI ini akan datang dengan skrin 8 inci serta reka bentuk lipat kedalam (berbeza dengan HUAWEI Mate X dengan reka bentuk lipat keluar)

    Seperti paten yang ditunjukkan sebelum ini, ia akan juga dilengkapi dengan skrin kedua bersaiz 4.5 inci pada bahagian luarnya. HUAWEI Mate X2 dikhabarkan akan menggunakan cipset Kirin 9000 dengan pengecasan pantas 66W.

    Yang menarik, dalam kelompok pensijilan ini, terdapat juga sebuah peranti dengan nombor model CDL-AN50 telah dikesan. Ia adalah sebuah telefon pintar 5G dengan skrin 6.5 inci, bateri 3,900 mAh dan ianya berukuran 162.3 x 75.0 x 8.6 mm.

    Peranti ini juga telah melalui pensijilan 3C sebelum ini yang dikesan dengan pengecas 40W. Namun, hakikat sebenar AN50 ini masih kekal sebagai misteri.

    Adakah anda meminati telefon pintar gulung dari HUAWEI ini? Komen pendapat anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured