More

    HUAWEI Mate X6 turut rasmi dengan HarmonyOS Next, badan lebih nipis dan skrin yang lebih besar bermula ~RM7,990

    HUAWEI secara rasmi telah memperkenalkan telefon lipat baharu, Mate X6 yang hadir dengan skrin yang lebih besar dan ciri kecerdasan buatan (AI) yang menarik untuk pengalaman pengguna. HUAWEI Mate X6 menampilkan skrin dalaman 7.93 inci dan skrin luaran 6.45 inci (lebih besar berbanding model sebelum).

    Skrin dalaman menyokong resolusi 2440 x 1080 piksel, kecerahan puncak 1800 nits dan kadar segar semula 120Hz manakala skrin luaran menawarkan kecerahan maksimum 2500 nits dan resolusi 2440 x 2240 piksel. Kedua-dua skrin menggunakan teknologi LTPO 2.0.

    Daripada segi reka bentuk, Mate X6 hadir dengan panel belakang kaca bercorak marmar dalam warna “Nebula Gray”. Pengguna juga boleh memilih varian panel kulit dengan lima pilihan warna seperti Kelabu, Putih, Merah, Biru Laut, dan Hitam. HUAWEI menggunakan bahan basalt dan gentian karbon untuk meningkatkan ketahanan telefon sehingga 65% lebih kukuh.

    Telefon ini menjalankan HarmonyOS NEXT dengan ciri AI seperti gerak isyarat Airdrop untuk perkongsian media tanpa sentuhan dan permainan interaktif seperti “AI Air Shooting.” Daripada segi kamera, Mate X6 dilengkapi dengan kamera utama 50MP dengan apertur berubah 10 tahap (F1.4–F4.0), lensa ultra lebar 40MP, sensor inframerah dan telefoto makro 48MP dengan zoom optik 4x.

    HUAWEI Mate X6 tersedia dalam dua model iaitu Standard dan Collector’s Edition. Edisi Collector menawarkan sokongan rangkaian satelit tiga arah yang membolehkan mesej dan panggilan dua hala serta akses internet satelit orbit rendah. Untuk harga, model standard untuk varian 12/256GB berharga 12,999 yuan (~RM7,990) dan varian 12/512GB berharga 13,999 yuan (~RM8,605).

    Untuk model Collector pula, ia berharga 14,999 yuan (~RM9,220) untuk varian 16/512GB dan varian 16/1TB berharga 15,999 yuan (~RM9,834). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HUAWEI Mate X6 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HUAWEI

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...