More

    HUAWEI Mate X7 dilancar: Kirin 9030 Pro, skrin 3000 nits dan kamera 50MP bermula ~RM7,585

    HUAWEI hari ini memperkenalkan HUAWEI Mate X7 di China yang bakal bersaing dalam segmen telefon pintar boleh lipat premium. Peranti ini dilancarkan bersama siri Mate 80 dan hadir dengan peningkatan ketara pada skrin, prestasi serta ketahanan. Mate X7 menampilkan dwi-paparan yang terdiri daripada skrin OLED boleh lipat 8 inci dengan resolusi 2416×2210 dan skrin luar 6.49 inci dengan tepi melengkung pada resolusi 2444×1080.

    Kedua-duanya menyokong kadar segar 1–120Hz LTPO dan teknologi 1440Hz PWM untuk mengurangkan keletihan mata. Skrin luar mencapai kecerahan puncak 3000 nits manakala skrin dalaman mencecah 2500 nits. Edisi Collector’s pula dilengkapi Xuanwu-tempered Kunlun Glass generasi kedua untuk ketahanan tambahan.

    Mate X7 dikuasakan cip Kirin 9030 Pro bersama HarmonyOS 6 yang menawarkan keupayaan AI baharu termasuk multi tugas pintar, nota berasaskan AI dan pengurusan tetingkap dinamik yang dioptimumkan untuk paparan boleh lipat. Sistem kameranya hadir dengan Red Maple Imaging generasi kedua yang terdiri daripada kamera utama 50MP dengan apertur berubah 10 hentian, ultra lebar 40MP dan periskop 50MP dengan zum optikal 3.5x serta zum digital sehingga 100x.

    Kedua-dua skrin turut mempunyai kamera hadapan 8MP yang menyokong rakaman 4K. Bateri juga dipertingkat dengan versi standard menawarkan 5525mAh manakala Collector’s Edition 5600mAh dan kedua-duanya menyokong pengecasan pantas berwayar 66W, wayarles 50W serta pengecasan berbalik. Rangka lipatan Mate X pula menggunakan struktur komposit tiga lapis dan engsel berkualiti tinggi untuk kekuatan lebih baik.

    Badan peranti berukuran antara 4.5mm hingga 9.5mm dengan berat sekitar 235 gram. Mate X7 membawa penarafan IP58 dan IP59 dan menyokong komunikasi satelit. Ciri lain termasuk Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, NFC, USB-C 3.1 Gen1 dan sokongan stylus M-Pen 3 bagi edisi terpilih. Di China, Mate X7 dijual dengan harga bermula 12,999 yuan (~RM7,585) hingga 17,599 yuan (~RM10,270) serta hadir dalam lima warna termasuk Obsidian Black, Cloud Brocade Blue dan Cosmic Red.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...