More

    HUAWEI Mate X7 tiba di Malaysia dengan Kirin 9030 Pro dan skrin 8″ berharga RM8,688

    HUAWEI secara rasmi melancarkan telefon boleh lipat terbaharu HUAWEI Mate X7 di Malaysia selepas diperkenalkan di China pada November lalu. HUAWEI Mate X7 hadir dengan sistem X-True dwi-skrin merangkumi skrin luar 6.49 inci dan skrin dalaman 8 inci. Skrin dalaman menyokong multitugas sehingga tiga aplikasi serentak dengan kecerahan maksimum 2,500 nits manakala skrin luar mencecah 3,000 nits.

    Kedua-dua skrin menyokong kadar segar semula adaptif 1Hz hingga 120Hz. Ia berukuran setebal 4.5mm apabila dibuka dan 9.5mm apabila dilipat dengan berat 235 gram. Skrin luar dilindungi Kunlun Glass Crystal Armour manakala skrin dalaman menggunakan struktur komposit tiga lapisan bagi ketahanan lipatan dan hentakan. Engsel berketepatan tinggi bersama rangka aluminium gred penerbangan turut meningkatkan kekuatan keseluruhan peranti sehingga 37 peratus.

    Mate X7 juga menyokong penarafan kalis air IP58 dan IP59. Ia dikuasakan cip Kirin 9030 Pro dan digandingkan dengan RAM 16GB serta storan 512GB. Baterinya berkapasiti 5,600mAh menggunakan teknologi silikon-karbon yang menyokong pengecasan pantas 66W berwayar dan 50W wayarles. Untuk fotografi, Mate X7 dilengkapi kamera utama 50MP Ultra Lighting HDR dengan julat dinamik sehingga 17.5EV, telefoto makro 50MP dan ultra lebar 40MP.

    HUAWEI turut memperkenalkan sistem True to Colour Camera dan rakaman True to Colour Ultra HDR Video pada telefon boleh lipat buat pertama kali. Ciri AI seperti AI Remove, AI Best Expression, Face to Face Translation dan pembatalan hingar AI dua hala turut disertakan. Di Malaysia, HUAWEI Mate X7 dijual pada harga RM8,688 dan dibuka untuk tempahan bermula 20 Januari ini.

    Ia boleh didapati di HUAWEI Experience Store, laman web rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada, TikTok Shop serta melalui Maxis dengan pelan pascabayar bermula RM170 sebulan. Setiap tempahan akan menerima hadiah bernilai sehingga RM7,597 termasuk HUAWEI Watch 5, MatePad 11.5, HUAWEI Care Plus dengan perlindungan skrin setahun dan rebat tukar beli sehingga RM2,000.

    Pembeli juga layak menerima manfaat AppGallery bernilai sehingga RM3,069 serta perkhidmatan premium HUAWEI. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured