More

    Huawei Mate Xs 5G bakal tiba di Malaysia 20 Mac ini dengan harga RM11,111

    Seperti yang kita sudah sedia maklum, flagship Huawei Mate Xs bakal kunjung tiba di Malaysia pada 20 Mac 2020. Sebagai peranti boleh lipat 5G pertama di Malaysia, anda juga perlu bersedia dengan harga 5 angka – RM11,111. Tentunya Huawei Malaysia bakal memberikan bonus eksklusif dan ganjaran kepada sesiapa yang merancang untuk menyambar peranti ini.

    Menurut video acahan ringkasnya, pelanggan yang membeli Mate Xs akan menerima tawaran eksklusif dengan Bonia yang bernilai sehingga RM150,000. Bukan itu sahaja, pelanggan CIMB pertama yang membelinya dengan kad kredit bakal membawa pulang Huawei Watch GT2 dan 10x CIMB Bonus, manakala 21 pelanggan yang lain bakal menikmati tawaran lain. Rakyat Malaysia juga boleh menikmati naik taraf Business Class dengan pembelian tiket Economy Flex dan ganjaran di Pavilion Kuala Lumpur.

    Untuk tawaran telco tempatan, pelanggan dapat menyambar peranti dengan harga yang lebih rendah. Pelanggan Celcom boleh mendapatkan peranti ini dengan harga RM7,888 bersama Celcom MEGA Plan, manakala pelanggan Maxis boleh mendapatkannya dengan RM450/bulan, tanpa bayaran pendahuluan melalui Zerolution untuk Huawei Mate Xs. Akhir sekali, Huawei Malaysia juga bakal mengagihkan Huawei Freebuds 3 percuma (bernilai RM679) dan cover kulit Envelop (bernilai RM299).

    Apa pendapat anda mengenai harga dan ganjaran ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita Huawei terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured