More

    HUAWEI Mate XT dan MatePad Pro 13.2″ kini dijual di Malaysia, bermula RM4,999

    HUAWEI Malaysia mengumumkan bahawa dua perantinya yang unik dan terbaru iaitu telefon lipat HUAWEI Mate XT Ultimate Design dan tablet HUAWEI MatePad Pro 13.2″ sudah mula dijual dalam pasaran Malaysia. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai kedua-dua peranti ini:

    HUAWEI Mate XT Ultimate Design

    Ini merupakan telefon lipat pertama dalam dunia yang skrinnya boleh dilipat tiga, menunjukkan inovasi HUAWEI yang maju dalam industri telefon lipat. Ia mempunyai reka bentuk yang boleh diubah antara skrin lebar, tablet dan telefon pintar biasa.

    Selain skrin lipat unik, ia turut dilengkapi spesifikasi lain yang canggih seperti bateri 5,600mAh, pengecasan pantas 66W dan sistem kamera Ultra Aperture XMAGE Camera System yang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto periskop 12MP.

    HUAWEI Mate XT Ultimate Design akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM14,999 dan akan dijual dalam pilihan warna merah dan hitam. Ia boleh didapati di kedai-kedai HUAWEI Experience Stores, laman web HUAWEI, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

    HUAWEI MatePad Pro 13.2″

    Peranti ini adalah tablet andalan (flagship) yang terbaru daripada HUAWEI, dengan skrin OLED 13.2 inci yang paling ringan daripada jenama itu setakat ini. Skrin ini mempunyai kadar segar semula 120Hz dan boleh menjana 1.07 bilion warna.

    Ia mempunyai kenipisan 5.5mm sahaja dan berat 580 gram, membuatkannya mudah dibawa ke mana-mana dan sesuai menggantikan komputer riba. Baterinya berkapasiti 10,100mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 88W SuperCharge.

    Ia boleh digabungkan dengan papan kekunci dan tetikus untuk pengalaman penggunaan mirip komputer riba, serta stilus M-Pencil (3rd Generation) untuk penulisan mirip kertas. Selain itu, ia didatangkan dengan aplikasi WPS Office Suite untuk memudahkan tugasan produktiviti seperti menaip dokumen, menyediakan spreadsheet dan mencipta slaid pembentangan.

    HUAWEI MatePad Pro 13.2″ akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM4,999 dan boleh didapati di HUAWEI Experience Stores, laman web HUAWEI, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured