More

    HUAWEI Mate XT Ultimate Design akan dilancar di Malaysia pada 18 Februari 2025

    HUAWEI Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon lipat terbaru, HUAWEI Mate XT ULTIMATE DESIGN, pada 18 Februari 2025. Telefon ini merupakan telefon lipat pertama dalam dunia yang mempunyai dua engsel dan tiga seksyen skrin yang boleh dilipat. Sebelum ini, telefon ini telah pun dilancar di China pada September 2024.

    Apabila dibuka sepenuhnya, telefon ini mempunyai skrin berukuran 10.2 inci yang kemudian boleh dilipat kepada tiga bahagian. Ia mempunyai ketebalan 3.6mm sahaja apabila dibuka sepenuhnya, lebih nipis berbanding 4.6mm pada telefon lipat HUAWEI Mate X6. Apabila dilipat, ia mempunyai ketebalan 12.8mm.

    Sewaktu dilipat, ia mempunyai skrin 6.4 inci, kemudian apabila dua skrinnya dibuka, ia mempunyai skrin 7.9 inci. Skrinnya menggunakan panel LTPO OLED dengan resolusi 3184×2232, nisbah aspek 16:11 apabila dibuka sepenuhnya dan kadar segar semula 90Hz.

    Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset Kirin 9010, RAM 16GB, storan dalaman 1TB, bateri 5,600mAh, pengecasan pantas 66W dan pengecasan wayarles 50W.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera telefoto periskop 12MP dengan zum optikal 5.5x dan kamera ultra-lebar 12MP. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 8MP.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai harganya untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured