More

    HUAWEI Mate XT Ultimate Design rasmi sebagai telefon tiga lipatan pertama di dunia!

    Selepas banyak pengacah berlegar di internet, HUAWEI secara rasmi telah melancarkan Mate XT Ultimate Design yang merupakan telefon komersil pertama di dunia dengan paparan tiga lipatan. Apabila ditutup, ia adalah telefon FHD+ 6.4 inci yang agak standard. Buka separuh dan anda mempunyai skrin 2K 7.9 inci yang lebih besar.

    Keajaiban sebenar berlaku apabila anda membukanya secara penuh yang memaparkan skrin 3K 10.2 inci bersaiz tablet seperti desktop. Ketebalan telefon apabila dibuka sepenuhnya hanyalah 3.6mm manakala ia berukuran 12.8mm tebal apabila dilipat. Ia hanya lebih tebal sedikit daripada badan Z Fold 6 yang berukuran 12.1mm.

    Selain itu, HUAWEI mendakwa terdapat peningkatan 25% dalam rintangan lentur berbanding peranti boleh lipat yang lain. HUAWEI masih belum mendedahkan cipset yang digunakan, tetapi menurut khabar angin, ia mungkin cip Kirin 9000 yang pernah kita lihat pada siri Pura 70.

    Kameranya menampilkan sensor utama 50MP dengan apertur berubah-ubah (f/1.4 hingga f/4.0) dipasangkan bersama telefoto ultralebar 12MP dan periskop 12MP manakala kamera swafoto menggunakan sensor 8MP. Bateri karbon silikonnya berkapasiti 5600mAh yang didakwa sebagai paling nipis di dunia dan menyokong pengecasan pantas 66W dan wayarles 50W.

    HUAWEI memperkenalkan papan kekunci sentuh boleh lipat yang boleh dipadankan dengan Mate XT untuk pengalaman seperti desktop. HUAWEI Mate XT Ultimate Design boleh didapati dalam warna Hitam dan Merah.

    Untuk harga, varian 16/256GB berharga 19,999 yuan (~RM12,194), varian 16/512GB berharga 21,999 yuan (~RM13,413) dan varian 16/1TB berharga 23,999 yuan (~RM14,633). Ia kini tersedia untuk tempahan dengan jualan bermula di China pada 20 September. Nantikan pengumuman HUAWEI Malaysia jika ia akan tersedia dalam pasaran tempatan kelak.

    Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HUAWEI

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured