More

    HUAWEI Mate40 Pro dijual di Malaysia bermula 12 Disember, berharga RM4,299

    Setelah mengumumkan kehadiran siri HUAWEI Mate40 di pasaran global, peranti ini masih tidak dijual di pasaran Malaysia. Terkini, laman web HUAWEI Malaysia dilihat memaparkan pengiraan detik pelancaran rasmi HUAWEI Mate40 Pro yang bakal hadir pada 12 Disember 2020.

    Menurut paparan di laman web rasmi, HUAWEI Mate40 Pro bakal tersedia dijual bermula pada 12 Disember 2020, jam 10:08 pagi pada harga RM4,299. Lebih menarik, pelanggan yang membeli HUAWEI Mate40 Pro bakal mendapat HUAWEI Sound X dan akses servis HUAWEI percuma bernilai RM3,300.

    Jika anda membeli HUAWEI Mate40 Pro, anda boleh menebus HUAWEI Sound X percuma di aplikasi HUAWEI Member Center bermula pada 18 Disember hingga 20 Disember 2020. Menurut HUAWEI, terdapat 1000 unit HUAWEI Sound X sahaja yang tersedia percuma bersama pembelian HUAWEI Mate40 Pro.

    Speintas lalu, HUAWEI Mate40 Pro hadir dengan cipset 5nm Kirin 9000, dua kamera swafoto Ultra Vision, kamera utama 50MP RYYB Ultra Vision Cine, cas pantas 66W dan skrin OLED 90Hz. Anda boleh menyemak spesifikasi penuhnya disini.

    Apa pun, kami masih tiada maklumat mengenai model HUAWEI Mate40 dan HUAWEI Mate40 Pro+. Adakah anda akan membeli HUAWEI Mate40 Pro? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HUAWEI Malaysia

     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured