More

    HUAWEI MateBook 14 (2024) dilancar di Malaysia: Komputer riba dengan fungsi AI bermula RM4,999

    HUAWEI Malaysia telah melancarkan komputer riba multimedia terbaru iaitu HUAWEI MateBook 14. Komputer riba ini mempunyai rekaan yang mudah dibawa ke mana-mana, dengan berat 1.31kg dan ketebalan 14.5mm sahaja, membuatkannya ringan dan mudah dimasukkan ke dalam beg.

    Komputer ini mempunyai skrin OLED dengan resolusi 2.8K, kadar segar semula 120Hz dan pengiktirafan TÜV Rheinland untuk penggunaan yang selesa pada mata.

    Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada pemproses Intel Core Ultra dengan kuasa rekaan haba (thermal design power, TDP) 40W, memori RAM sehingga 32GB, storan dalaman sehingga 1TB serta kipas dalaman HUAWEI Shark Fin. Ia turut mempunyai HUAWEI Metaline Antenna yang membenarkan hubungan rangkaian yang stabil walaupun pada jarak jauh.

    Komputer ini mempunyai fungsi Super Turbo membenarkan permulaan (startup) pantas sewaktu menghidupkannya, serta penggunaan aplikasi yang lancar. Fungsi SuperHub pula mempermudahkan pemindahan data antara peranti-peranti HUAWEI seperti tablet, telefon pintar dan komputer PC.

    Ia menyokong pelbagai fungsi smart office berdasarkan AI untuk meningkatkan produktiviti, serta memudahkan sambungan dengan peranti-peranti lain. Sewaktu membuat panggilan video pula, fungsi Smart Conference menawarkan fungsi seperti kamera webcam 1080p UHD, AI Voice dan Mobile Personal Voice Enhancement untuk kualiti audio yang jelas.

    HUAWEI MateBook 14 akan dijual dalam dua varian spesifikasi iaitu:

    • Pemproses Intel Core Ultra 5: RM4,999
    • Pemproses Intel Core Ultra 7: RM5,499

    Pra-tempahan akan dibuka bermula hari ini sehingga 28 Jun 2024 di kedai-kedai HUAWEI Experience Stores, laman web rasmi HUAWEI Malaysia, Shopee dan Lazada. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM1,614.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...