More

    HUAWEI MateBook D 16 dan MateBook 16s dilancar di Malaysia, bermula RM3,699

    Pada hari ini, HUAWEI Malaysia telah melancarkan dua buah komputer riba terbaru dalam siri MateBook iaitu HUAWEI MateBook D 16 dan HUAWEI MateBook 16s. Kedua-dua komputer riba ini dilengkapi dengan CPU Intel Core generasi ke-12 untuk prestasi pantas serta sokongan untuk ekosistem HUAWEI Super Device bagi memudahkan sambungan dengan pelbagai jenis peranti HUAWEI.

    HUAWEI MateBook D 16

    HUAWEI MateBook D 16 adalah sebuah komputer berprestasi tinggi yang dilengkapi skrin berukuran 16 inci dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90%, nisbah aspek 16:10 dan pengiktirafan TÜV Rheinland Low Blue Light untuk pancaran cahaya biru yang selesa untuk mata pengguna.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Intel Core generasi ke-12 H-Series yang boleh dipilih antara i5-12450H atau i7-12700H, RAM 8GB atau 16GB, storan SSD 512GB dan sistem penyejukan HUAWEI Shark Fin.

    Untuk menaip, komputer ini mempunyai kekunci dengan jarak key travel 1.5mm dan rekaan lembut soft-landing untuk pengalaman yang lebih selesa.

    Berikut adalah varian harga untuk HUAWEI MateBook D 16 di Malaysia:

    Pelanggan yang membelinya sebelum 6 Ogos 2022 akan menerima hadiah percuma seperti beg (bernilai RM499) dan perisian Microsoft Office Home & Student 2021 (bernilai RM529).

    HUAWEI MateBook 16s

    HUAWEI MateBook 16s pula ditawarkan untuk mereka yang menginginkan prestasi lebih pantas untuk tugasa harian, dengan pemprosesan grafik Intel Iris Xe Graphics dan pengiktirafan Intel Evo. Pemproses Intel Core i7 12th Gen pula mempunyai turbo frequency sehingga 5GHz.

    Untuk skrin pula, ia mempunyai nisbah aspek unik iaitu 3:2, membuatkannya lebih tinggi berbanding skrin komputer konvensional yang mempunyai nisbah 16:9. Ia turut menawarkan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90% untuk sempadan bezel yang lebih nipis.

    "
    "

    Skrin ini turut boleh menghasilkan warna yang tepat, di mana ia mempunyai nilai sRGB 100% dan nilai Delta E lebih rendah daripada 1. Untuk memori, ia mempunyai RAM 16GB dan storan SSD 1TB.

    HUAWEI MateBook 16s akan dijual di Malaysia pada harga RM6,799 dan boleh dibeli di laman web rasmi HUAWEI, Shopee atau Lazada. Pelanggan yang membelinya sebelum 6 Ogos 2022 akan menerima hadiah percuma seperti beg (bernilai RM499), perisian Microsoft Office Home & Student 2021 (bernilai RM529) dan pembesar suara HUAWEI Sound Joy (bernilai RM699).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured