More

    HUAWEI MatePad 10.4 dan HUAWEI MateBook D 15 (2022) dilancar di Malaysia, bermula RM1,599

    HUAWEI Malaysia hari ini telah melancarkan dua produk baharu yang sangat menarik dan telah diperbaharui untuk tahun 2022 iaitu tablet HUAWEI MatePad 10.4 dan komputer riba HUAWEI MateBook D 15.

    HUAWEI MatePad 10.4

    Tablet ini mempunyai skrin 10.4 inci dengan resolusi 2K HUAWEI FullView IPS Display dengan nisbah aspek 16:9 dan ia turut menyokong penggunaan stilus HUAWEI M-Pencil Package (2nd Generation).

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset HiSilicon Kirin 710A, RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Daripada segi fotografik, ia mempunyai kamera belakang 13MP dan kamera swafoto 8MP.

    Fungsi lain termasuklah sistem operasi HarmonyOS 2.0 yang boleh dihubungkan dengan peranti HUAWEI lain melalui Super Devices, sokongan hubungan LTE dan bateri 7,250mAh. Ia juga boleh dihubungkan dengan papan kekunci HUAWEI Smart Keyboard.

    Konsep HUAWEI Super Device ini boleh mewujudkan ekosistem HUAWEI Smart Office, di mana anda boleh menggabungkan penggunaan pelbagai peranti HUAWEI untuk aliran kerja yang lebih mudah.

    HUAWEI MatePad 10.4 akan dijual di Malaysia pada harga RM1,599. Pra-tempahan akan dibuka pada 22 April hingga 2 Mei 2022, di mana pelanggan akan menerima hadiah bernilai RM898 termasuklah stilus M-Pencil 2nd Generation dan Smart Keyboard.

    HUAWEI MateBook D 15

    Komputer riba ini dilengkapi cipset Intel Core i5 generasi ke-11, RAM 8GB atau 16GB dan storan SSD PCIe 512GB. Skrinnya pula berukuran 15.6 inci dengan panel IPS.

    Baterinya berkapasiti 42Wh manakala port terdiri daripada USB 3.2 Gen1, USB 2.0, USB-C, port HDMI dan bicu audio 3.5mm. Sistem operasi asalnya adalah Windows 10 Home namun ia akan menerima kemas kini Windows 11 secara percuma.

    "
    "

    Selain itu, ia turut mempunyai butang kuasa yang turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari, hubungan Bluetooth 5.1, WiFi 6.0 dan kamera webcam 720p. Rekaannya nipis dan ringan untuk memudahkan penggunaan di mana-mana sahaja.

    HUAWEI MateBook D 15 akan dijual di Malaysia bermula 22 April 2022 pada harga RM3,099. Pelanggan awal akan menerima hadiah bernilai RM827 termasuk beg, tetikus Bluetooth dan fon telinga HUAWEI FreeLace.

    Layari laman web HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua produk ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...