More

    HUAWEI MatePad 11 (2023) dan HUAWEI FreeBuds 5 dilancar di Malaysia, bermula RM699

    Pada hari ini, HUAWEI Malaysia melancarkan tablet HUAWEI MatePad 11 yang diperbaharui untuk 2023 serta fon telinga wayarles HUAWEI FreeBuds 5.

    HUAWEI MatePad 11

    Tablet ini boleh digabungkan dengan stilus HUAWEI M-Pencil (2nd Generation) untuk tulisan dan lukisan, dan apabila digunakan bersama skrin 120Hz, HUAWEI mengatakan ia mempunyai tindak balas yang sangat pantas dan serupa seperti menulis atas kertas.

    Skrinnya mempunyai resolusi 2560×1600, kadar segar semula 120Hz, gamut warna P3 dan nisbah aspek 1500:1. Ia mendapat pengiktirafan TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) untuk tontonan yang lebih selesa pada mata pengguna.

    HUAWEI MatePad 11 (2023) boleh dibeli di laman web HUAWEI Malaysia pada harga bermula RM1,999. Pelanggan awal akan turut menerima HUAWEI M-Pencil (2nd Generation) secara percuma.

    HUAWEI FreeBuds 5

    Fon telinga wayarles ini mempunyai rekaan yang futuristik, dengan bentuk mirip titisan air yang telah pun menjalani pelbagai ujian ergonomik dan pengoptimuman supaya lenturannya sesuai dilekatkan pada telinga. Ia turut dilindung dengan rating kalis air IP54.

    Sewaktu mendengar muzik, pemakai boleh aktifkan pembatalan hingar ANC 3.0 untuk membatalkan bunyi bising di sekeliling. Pemakai juga boleh menala audio dengan Triple Adaptive EQ.

    Fon telinga ini mempunyai pembesar suara, modul bateri dan papan litar yang berasingan, jadi HUAWEI mengatakan ia boleh memberikan prestasi audio yang lebih berkuasa. Baterinya boleh bertahan selama 30 jam dan pengecasan selama lima minit sudah cukup untuk penggunaan selama dua jam.

    HUAWEI FreeBuds 5 akan dijual pada harga bermula RM699 dan boleh dibeli daripada laman web HUAWEI Malaysia.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured