More

    HUAWEI MatePad 11 2023 & Watch GT Cyber kini boleh di pra-tempah hingga 14 April 2023

    HUAWEI Consumer business Group (CBG) mengumumkan bahawa HUAWEI MatePad 11 2023 dan Watch GT Cyber kini boleh di pra-tempah secara eksklusif di Urban Republic bermula hari ini hingga 14 April 2023. HUAWEI MatePad 11 2023 berharga RM1,799 juga boleh dipra-tempah di laman web rasmi HUAWEI, kedai Rasmi Huawei di Shopee dan Lazada.

    Tablet ini dilengkapi dengan paparan 120Hz 11 inci dengan resolusi 2560 x 1600 piksel yang memberikan imej yang lancar dan jelas serta mempunyai bateri 7,250 mAh yang mampu bertahan sehingga 12 jam main balik video. Ia juga disertakan dengan pensel HUAWEI M memudahkan pengguna mencatat nota, melukis dan menyunting dokumen.

    Pelanggan yang membuat pra-tempah tablet ini boleh menikmati hadiah percuma lebih daripada RM800 termasuk M-Pencil, akses VIP 3 bulan untuk WeTV, Baucar BAIJIA dan baucar papan kekunci MatePad 11 boleh tanggal. Selain itu, 20 pelanggan pertama yang membeli tablet ini pada 6 April 2023 akan mendapat HUAWEI Watch Fit (Hitam) percuma bernilai RM499.

    Seterusnya, HUAWEI Watch GT Cyber hadir dalam warna Midnight Black berharga RM999 dan Golden Black pada harga RM1,099. Jam tangan ini menampilkan tali yang mudah ditukar, skrin warna AMOLED 1.32 inci dengan resolusi 466 x 466 piksel, GPS, pemantau kadar jantung dan penjejak tidur.

    HUAWEI menawarkan tali jam tangan percuma bernilai RM179 untuk pelanggan yang membuat pra-tempah jam tangan ini di Urban Republic dalam tempoh kempen. Dalam pada itu, terdapat tawaran pembelian dengan pembelian (PwP) masa terhad di mana pelanggan berhak untuk:

    • Diskaun sehingga RM220 untuk pembelian kedua HUAWEI Watch GT Cyber
    • Nikmati diskaun 20% untuk pembelian kedua tali jam tangan HUAWEI

    Ketahui lebih lanjut mengenai peranti HUAWEI dan promosi terkini di lamn web rasmi HUAWEIFacebook dan Instagram. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...