More

    HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition (2025) dilancar di Malaysia: Skrin 11.5″ 120Hz, bateri 10,100mAh berharga RM1,599

    HUAWEI Malaysia hari ini melancarkan sebuah tablet terbaru iaitu HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition (2025) yang menampilkan skrin berukuran 11.5 inci dan mempunyai permukaan mirip kertas untuk menghasilkan pengalaman visual dan penulisan yang baik.

    Tablet ini mempunyai paparan FullView Display berukuran 11.5 inci dengan resolusi 2.5K (2456×1600), nisbah aspek 3:2, kadar segar semula sehingga 120Hz, kecerahan puncak sehingga 600 nits dan ketumpatan piksel sebanyak 256ppi.

    Skrin ini turut mempunyai lapisan PaperMatte yang akan mengurangkan silauan dan pantulan cahaya, serta menghasilkan pengalaman mirip kertas untuk memudahkan anda menulis dan melukis menggunakan stilus.

    Untuk bateri, ia mempunyai kapasiti 10,100mAh yang boleh bertahan sehingga 13 jam dan ia menyokong kadar pengecasan pantas 40W SuperCharge. Ia turut menyokong pengecasan wayarles melalui aksesori magnetik.

    Untuk penggunaan mirip komputer, ia boleh digabungkan dengan papan kekunci khas HUAWEI Smart Keyboard, serta stilus HUAWEI M-Pencil 3rd Generation yang boleh dilekatkan secara magnetik. Aplikasi HUAWEI Notes pula akan memudahkan anda menulis dan melakar dengan stilus, supaya ia boleh jadi lebih kemas.

    Selain itu, ia turut didatangkan dengan aplikasi GoPaint yang menyediakan pelbagai fungsi canggih untuk bantu anda mencipta karya seni digital. Sewaktu menaip dokumen pula, ia mempunyai aplikasi WPS Office yang menawarkan fungsi Writer, Presentation dan Spreadsheet mirip komputer riba.

    Ia mempunyai kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP. Berikut merupakan spesifikasi penuh untuk HUAWEI Matepad 11.5:

    • Skrin IPS LCD 11.5 inci, resolusi 2456×1600, 256 ppi, kadar segar semula 60/90/120Hz, gamut warna sRGB 100%, menyokong sehingga 10 titik sentuhan serentak
    • Pemproses Kirin T82B
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 256GB
    • Kamera belakang 13MP
    • Kamera hadapan 8MP
    • Bateri 10,100mAh
    • Pengecasan pantas 40W
    • Sistem operasi HarmonyOS 4.3
    • Sokongan Bluetooth 802.11a/b/g/n/ac/ax, 2 × 2 MIMO, Bluetooth 5.2
    • Port USB-C 2.0
    • 4 pembesar suara, 2 mikrofon
    • Pilihan warna Violet dan Space Gray
    • Ukuran 177.53 x 262.63 x 6.1mm, berat 515g
    • Harga: RM1,599

    Pra-tempahan telah pun dibuka dan akan berlangsung sehingga 26 Ogos 2025. Anda boleh buat pra-tempahan di kedai-kedai HUAWEI Experience Stores, laman web rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

    "
    "

    Setiap pra-tempahan akan disertakan bersama hadiah bernilai RM698, termasuklah stilus HUAWEI M-Pencil 3rd Gen dan aplikasi WPS Office.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured