More

    HUAWEI MatePad 11.5″S dilancar di Malaysia: Skrin 144Hz, bateri 8,800mAh berharga RM1,799

    HUAWEI Malaysia hari ini melancarkan tablet terbaru iaitu HUAWEI MatePad 11.5″S yang akan dijual pada harga RM1,799. Perlu diingati bahawa ini adalah tablet berbeza daripada HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition yang dilancar di Malaysia pada bulan Jun lalu.

    Tablet ini mempunyai skrin 11.5 inci dengan resolusi 2800×1840 dan kadar segar semula 144Hz untuk pengalaman tontonan yang jelas dan lancar. Ia mempunyai ketebalan 7.0mm sahaja bagi memudahkan pengguna membawanya ke mana-mana dan dimasukkan ke dalam beg.

    Baterinya berkapasiti 8,800mAh yang boleh bertahan selama sehari dengan yakin. Untuk memori, hanya satu varian sahaja yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu RAM 8GB dan storan dalaman 128GB.

    Ia turut disertakan dengan beberapa aplikasi produktiviti seperti HUAWEI Notes, WPS Office, SuperHub dan HUAWEI Print. Untuk mereka yang gemar membuka beberapa aplikasi serentak, terdapat App Multiplier Mode yang membenarkan sehingga empat aplikasi untuk dibuka serentak.

    Sebuah lagi aplikasi yang disertakan bersama tablet ini adalah GoPaint App iaitu aplikasi khas untuk kegunaan melukis dan mewarna yang dibangunkan oleh HUAWEI sendiri. Anda boleh gunakan stilus HUAWEI M-Pencil (3rd Generation) untuk kawalan yang lebih halus terhadap karya anda.

    Selain itu, tablet ini mempunyai sistem audio Histen 9.0 dan turut menyokong sambungan WiFi 6.

    HUAWEI MatePad 11.5″S akan dijual di Malaysia bermula 23 Ogos 2024 dan boleh dibeli daripada laman web rasmi HUAWEI Malaysia. Jika anda membelinya sebelum 31 Ogos 2024, anda akan menerima HUAWEI M-Pencil (3rd Generation) (bernilai RM699) secara percuma.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...