More

    HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dilancar di Malaysia: Tablet dengan skrin anti silau berharga RM2,499

    Pada hari ini, HUAWEI Malaysia melancarkan tablet HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte Edition yang menampilkan skrin berukuran 11.5 inci dengan ciri-ciri anti silau (anti-glare) bagi memudahkan pengalaman tontonan pada mata.

    Skrinnya mempunyai pengiktirafan SGS dan TÜV Rheinland yang bermaksud ua mempunyai pancaran cahaya biru yang rendah, bebas kerlipan (flicker-free) dan bebas pantulan cahaya (reflection-free) supaya anda boleh menonton skrin ini dengan lebih selesa dan tidak lesu.

    Ia mempunyai kadar segar semula 144Hz yang memberi pengalaman lancar sewaktu anda menatal atau meleret atas skrin. Ia turut dilindungi lapisan nipis yang kalis minyak dan mengelakkan sebarang kesan cap jari pada skrin.

    Tablet ini juga didatangkan dengan stilus HUAWEI M-Pencil (3rd Generation) yang boleh menghasilkan pengalaman menulis mirip atas kertas untuk pengalaman yang realistik sewaktu menulis dan melukis. Aplikasi GoPaint telah siap dipasang dalam tablet ini yang menyediakan pelbagai alatan digital dan fungsi khas untuk tugasan-tugasan kreatif.

    Ia juga boleh digabungkan secara magnetik dengan papan kekunci HUAWEI Smart Magnetic Keyboard yang menyediakan lebih 40 shortcut untuk akses pantas kepada pelbagai fungsi. Dengan papan kekunci tersebut, tablet ini boleh digunakan dalam mod Laptop, mod Split atau mod Studio.

    Untuk tugasan produktiviti, tablet ini mempunyai WPS Office yang menyediakan kebanyakan fungsi-fungsi popular seperti Word, PowerPoint, Excel dan banyak lagi.

    Boleh digunakan dengan HUAWEI M-Pencil (3rd Generation)
    HUAWEI M-Pencil (3rd Generation) boleh dipautkan secara magnetik di bahagian atas skrin
    Boleh digunakan dengan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard

    HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte Edition akan dijual di Malaysia pada harga RM2,499 bermula hari ini. Ia boleh didapati di kedai-kedai HUAWEI Experience Stores, laman web HUAWEI Malaysia, Shopee dan Lazada. Pelanggan yang membelinya sebelum 28 Jun 2024 akan menerima hadiah bernilai RM2,046 seperti HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, HUAWEI Mouse, HUAWEI M-Pencil dan baucar bernilai sehingga RM200.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...