More

    HUAWEI MatePad 12 X (2026) bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi

    HUAWEI mengumumkan ketibaan tablet HUAWEI MatePad 12 X (2026) bersama stilus generasi baharu HUAWEI M-Pencil Pro di Malaysia. Peranti ini menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti pintar yang setaraf PC dalam peranti mudah alih. HUAWEI MatePad 12 X (2026) hadir dengan keupayaan produktiviti dipertingkat menerusi PC-level WPS Office 3.0 yang diprapasang.

    Ia membolehkan pengguna mengendalikan tugasan kompleks seperti carta boleh sunting, sisipan dokumen, sokongan formula matematik dan penyegerakan masa nyata antara fail. Apabila digandingkan dengan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan tetikus Bluetooth, tablet ini boleh berfungsi sebagai stesen kerja kompak.

    Rekaan HUAWEI MatePad 12 X (2026) menampilkan paparan 12 inci Ultra-clear PaperMatte yang bebas silau dan jelas walaupun di bawah cahaya terang. Ia turut disokong oleh HarmonyOS dan HUAWEI M-Pencil Pro pula hadir sebagai pelengkap yang menawarkan kependaman ultra rendah, 16,384 tahap tekanan serta pengesanan gerakan dipertingkat.

    Stilus ini memperkenalkan interaksi pintar seperti butang pantas Star Ring untuk akses segera aplikasi, gerak putar bagi kawalan berus dan ketebalan garisan, gerak cubit untuk menu radial serta tiga pilihan hujung pen boleh tukar mengikut gaya penggunaan.

    HUAWEI MatePad 12 X (2026) dan HUAWEI M-Pencil Pro akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi di semua saluran rasmi HUAWEI dengan tawaran hadiah pembelian awal hadiah bernilai keseluruhan RM1,047 termasuk M-Pencil Pro, tetikus Bluetooth dan PC-level WPS Office 3.0. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured