More

    HUAWEI MatePad 12 X dan WATCH D2 akan dilancar di Malaysia pada 19 November 2024

    HUAWEI Malaysia bakal melancarkan dua peranti baharu pada hari Selasa, 19 November 2024 iaitu tablet HUAWEI MatePad 12 X dan jam tangan pintar HUAWEI WATCH D2.

    HUAWEI MatePad 12 X

    MatePad 12 X merupakan sebuah tablet dengan prestasi mirip komputer riba yang boleh digunakan untuk menaip dokumen (dalam aplikasi WPS Office), menonton filem, melayari laman web dan pelbagai tugas lain. Ia juga boleh dipasang dengan papan kekunci Smart Magnetic Keyboard untuk penggunaan mirip komputer riba.

    Skrinnya berukuran 12 inci dengan resolusi 2800×1840, kecerahan 1,000 nits dan gamut warna P3. Ia dilengkapi RAM 12GB, storan dalaman 256GB, kamera belakang 13MP+8MP, kamera hadapan 8MP, bateri 10,100mAh dan pengecasan pantas SuperCharge 66W.

    Jika anda berminat, anda boleh bayar deposit RM100 di laman web HUAWEI dan bayar baki selebihnya selepas ia dilancar. Dengan kaedah pembelian ini, anda boleh dapatkan hadiah bernilai RM2,425 yang terdiri daripada HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, HUAWEI M-Pencil 3rd Gen, HUAWEI Bluetooth Mouse, HUAWEI FreeBuds 5 dan perlindungan skrin selama setahun.

    Anda juga boleh menerima baucar bernilai RM200 untuk tablet HUAWEI MatePad 12 X di Shopee atau Lazada.

    HUAWEI WATCH D2

    Sementara itu, HUAWEI WATCH D2 adalah jam tangan pintar dengan pelbagai fungsi kesihatan canggih, seperti pengukur tekanan darah, electrocardiogram (ECG), tahap oksigen dalam darah (SpO2), kadar degupan jantung, stres dan suhu kulit. Ia turut menawarkan 80 mod senaman dan penjejakan untuk diet, tidur dan pengurusan stres.

    Skrinnya berukuran 1.82 inci manakala tali jamnya ditawarkan dalam warna emas dan hitam. Ia boleh dihubungkan dengan telefon pintar iOS dan Android.

    Seperti MatePad 12 X, anda boleh dapatkan baucar awal bernilai RM100 untuk HUAWEI WATCH D2 di laman web rasmi HUAWEI, Shopee dan Lazada. Pra-tempahan untuk jam ini akan disertakan dengan hadiah bernilai RM1,276 yang terdiri daripada HUAWEI FreeBuds Pro 2, HUAWEI Scale 3, HUAWEI WATCH D2 Strap, jaminan dua tahun dan perlindungan kerosakan yang tidak disengaja.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan dua peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured