fbpx
More

    HUAWEI MatePad 12 X: Tablet berkuasa dengan pengalaman mirip komputer riba

    Tablet dahulunya pernah dianggap sekadar telefon yang mempunyai saiz skrin besar, namun kini semakin ramai pengguna mementingkan tablet sebagai sebuah peranti berkuasa yang sangat bernilai untuk kegunaan harian. Malah, ada golongan yang lebih gemar menggunakan tablet berbanding komputer riba kerana ia sudah cukup berkuasa untuk melaksanakan pelbagai tugasan.

    Jadi, apakah tablet berkualiti tinggi yang cukup berkuasa untuk menggantikan komputer? Kami telah mencuba tablet HUAWEI MatePad 12 X dan ia layak dianggap sebagai tablet dengan prestasi mirip komputer riba. Ia bukan sahaja bagus untuk tontonan hiburan, malah cemerlang untuk tugasan produktiviti dan kreatif. Anda boleh baca sendiri di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang kebolehan tablet ini.

    Pakej mudah dibawa

    Selain menawarkan pelbagai fungsi canggih, HUAWEI MatePad 12 X adalah sebuah tablet ringan yang akan disukai oleh mereka yang kerap bergerak ke sana-sini. Dengan berat 555 gram sahaja, ia adalah separuh lebih ringan berbanding komputer riba biasa dan pastinya akan membuatkannya mudah dibawa. Walaupun selepas dipasangkan dengan papan kekunci HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, berat keseluruhannya yang setakat 863g masih lagi lebih ringan berbanding komputer riba.

    Walaupun ringan dan nipis, ia masih mempunyai bateri besar 10,100mAh yang cukup untuk memainkan video secara berterusan sehingga 14 jam atau ulang kaji selama lapan jam. Apabila kapasiti baterinya semakin rendah, ia boleh dicas dengan 66W Turbo Fast Charger yang boleh mengecas penuh tablet ini sepantas 85 minit.

    Produktiviti tahap komputer riba

    Seperti yang dinyatakan di atas, tablet besar ini boleh menjadi pengganti komputer riba. Anda perlu kerap menaip nota, memproses angka dalam spreadsheet atau menyediakan slaid pembentangan? HUAWEI MatePad 12 X bukan sahaja boleh melakukan semua tugasan itu, ia mempunyai aplikasi WPS Office yang menyediakan penggunaan mirip komputer.

    Tablet ini boleh membuka aplikasi pejabat ini dengan lancar, malah menyediakan tetingkap terapung (floating windows) untuk meningkatkan produktiviti dan multi-tugas. Anda boleh dapatkan pengalaman mirip komputer dalam WPS Office, jadi anda tidak perlu mengorbakan sebarang fungsi sewaktu menggunakan tablet ini. Apabila anda menggunakan WPS Office dalam HUAWEI MatePad 12 X, ia memang memberikan pengalaman mirip komputer riba.

    Tambahan lagi, HUAWEI MatePad 12 X menyokong beberapa aksesori tambahan untuk meningkatkan produktiviti. Ini termasuklah papan kekunci HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan stilus HUAWEI M-Pencil (3rd gen) yang boleh dipasangkan pada tablet. Dengan teknologi NearLink, aksesori ini mempunyai kependaman (latency) yang rendah dan penggunaan tenaga lebih rendah sebanyak 60% bagi memastikan ia boleh digunakan selama beberapa jam. Anda juga boleh mencabut papan kekunci dan menaip di atas skrin seperti biasa.

    Skrin berkualiti tinggi

    HUAWEI MatePad 12 X mempunyai skrin besar PaperMatte berukuran 12 inci. Ia bukan sahaja mempunyai resolusi 2.8K, malah mempunyai kadar segar semula 144Hz dan kecerahan puncak 1,000 nits. Ini bermaksud skrin ini cukup terang untuk digunakan bawah cahaya matahari terik, serta menghasilkan pengalaman menatal (swiping) yang sangat lancar sewaktu melayari media sosial atau bermain game. Skrin ini juga mempunyai kadar segar semula yang boleh berubah sekitar 30-144Hz untuk menjimatkan penggunaan tenaga.

    Selain skrin berkualiti tinggi, skrin ini mempunyai teknologi khas untuk menjaga mata anda. HUAWEI MatePad 12 X mempunyai pengiktirafan TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) dan TÜV Rheinland Flicker-Free Certification yang bermaksud ia mencapai standard tinggi dalam segi perlindungan mata. Jika anda kerap menonton skrin peranti selama berjam-jam, mata anda pasti akan berterima kasih kerana menggunakan tablet ini.

    Mantap untuk tugas kreativiti

    Menulis dan melukis pada skrin tablet ini juga adalah pengalaman yang menarik. Dengan permukaan skrin yang mirip kertas, anda pasti akan menyukai pengalaman menulis nota atau melukis karya digital dengan stilus HUAWEI M-Pencil (3rd gen). Tablet ini mempunyai aplikasi yang sudah disiap pasang untuk bantu anda tulis nota, aplikasi lukisan yang lengkap dan banyak lagi. Dengan HUAWEI Notes, para pelajar boleh bahagikan skrin (split-screen) untuk bandingkan nota, rekod audio kuliah atau import fail PDF untuk suntingan atau catitan.

    Lebih-lebih lagi, aplikasi GoPaint menyediakan 150 berus premium, 80+ berus pra-tetap dan sehingga 10 jenis kanvas khas untuk merealisasikan visi anda. Aplikasi ini juga mempunyai fungsi baharu seperti Fluid Brush, efek berus Splatter serta sokongan untuk lukisan batik.

    Adakah ini tablet untuk anda?

    Jika anda ingin menggantikan komputer dengan sebuah tablet ultra mudah alih untuk tugasan kerja atau kreativiti, HUAWEI MatePad 12 X adalah tablet sesuai untuk anda. Ia menyediakan prestasi tahap komputer, skrin dengan permukaan mirip kertas dan rekaan kemas yang sesuai digunakan di mana-mana sahaja.

    Bukan itu sahaja, jika anda membeli HUAWEI MatePad 12 X sekarang, HUAWEI Malaysia kini sedang menawarkan pelbagai hadiah percuma bernilai RM2,624 dan baucar hadiah bernilai RM200. Jika anda berminat, layari laman web HUAWEI Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembelian tablet ini.

    Hadiah percuma untuk pra-tempahan:

    • HUAWEI Smart Magnetic Keyboard (Inbox) (RM599)
    • HUAWEI M-Pencil 3rd Gen (RM699)
    • HUAWEI Mouse (RM149)
    • Huawei Freebuds 5 (RM699)
    • HUAWEI Backpack (RM199)
    • Perlindungan Skrin 1 Tahun (RM279)

    Adakah anda berminat dengan tablet HUAWEI ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh HUAWEI Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    Apple bakal perkenalkan teknologi penyejukan “vapor chamber” pada iPhone 17

    Apple dilaporkan akan memperkenalkan teknologi penyejukan vapor chamber pada siri iPhone 17 yang dijangka dilancarkan tahun ini. Teknologi ini telah banyak digunakan...

    Google dan Samsung berkolaborasi bawa ciri AI baharu pada peranti Galaxy S25

    Google dan Samsung dilaporkan sedang bekerjasama untuk memperkenalkan kecerdasan buatan (AI) baharu pada peranti Galaxy S25 yang akan datang. Awal hari ini,...

    Aplikasi Xiaohongshu kini ambil alih kedudukan TikTok di AS

    Ketika mana masa depan TikTok di Amerika Syarikat tergantung, ramai pengguna AS beralih ke aplikasi media sosial China, Xiaohongshu atau dikenali sebagai...

    Insta360 Flow 2 Pro rasmi dengan Penjejakan Berbilang dan Grid Pembingkaian Pro, harga bermula...

    Insta360 telah mengumumkan pelancaran penstabil telefon pintar terbaharunya, Insta360 Flow 2 Pro. Gimbal ini digambarkan sebagai penstabil telefon pintar berkuasa AI generasi...

    realme 14x bakal dilancarkan di Malaysia secara rasmi pada 24 Januari ini

    realme mengumumkan tarikh pelancaran rasmi model terbaharu mereka, realme 14x, pada 24 Januari 2025. Model ini merupakan pengganti kepada realme 12x yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured