More

    HUAWEI MatePad Air dan MatePad 11.5″ dilancar di Malaysia: Tablet produktiviti bermula RM1,499

    Sebagai sebahagian daripada pelancaran untuk barisan produk Super Device pada hari ini, HUAWEI Malaysia turut melancarkan tablet baharu untuk tahun 2023 iaitu HUAWEI MatePad Air dan HUAWEI MatePad 11.5-inch.

    HUAWEI MatePad Air merupakan tablet pertama daripada HUAWEI yang menawarkan skrin dengan kadar segar semula 144Hz, skrin HD FullView Display dengan resolusi 2.8K dan nisbah skrin-ke-badan setinggi 3:2.

    Dengan badan senipis 6.4mm dan berat 508 gram sahaja, tablet ini sesuai digunakan oleh golongan profesional yang inginkan saiz skrin besar namun dengan reka bentuk yang mudah dibawa. Ia juga boleh dihubungkan dengan dua pasang fon telinga wayarles HUAWEI pada masa yang sama untuk berkongsi pendengaran atau menyertai panggilan video dengan seorang lagi pengguna yang lain.

    Tablet ini turut dilengkapi aplikasi WPS Office untuk kerja-kerja produktiviti mirip PC dan HUAWEI Notes yang diperbaharui dengan pelbagai fungsi seperti banyak pilihan jenis berus, kekunci pintas dan banyak lagi.

    Ia boleh dipautkan dengan stilus HUAWEI M-Pencil dan papan kekunci HUAWEI Smart Magnetic Keyboard untuk penggunaan seperti komputer riba. Untuk komunikasi, anda boleh masukkan kad SIM supaya ia boleh dihubungkan dengan rangkaian internet LTE.

    Dengan fungsi Super Device, tablet ini boleh dhubungkan dengan pelbagai jenis peranti HUAWEI seperti komputer MateBook dan telefon pintar untuk pemindahan fail yang cepat dan mudah.

    Sementara itu, HUAWEI MatePad 11.5-inch pula mempunyai skrin dengan kadar segar semula 120Hz dan pengiktirafan perlindungan mata TÜV Rheinland. Ia turut dilengkapi empat pembesar suara Histen 8.0 dan boleh dipautkan dengan papan kekunci, tetikus dan stilus M-Pencil untuk mirip komputer.

    Berikut adalah senarai harga untuk dua tablet ini:

    "
    "

    HUAWEI MatePad Air (8GB+256GB, LTE): RM2,799
    HUAWEI MatePad 11.5″ (6GB+128GB, WiFi): RM1,499
    HUAWEI MatePad 11.5″ (6GB+128GB, LTE): RM1,699

    Pra-tempahan akan dibuka sehingga 21 Julai, manakala jualannya akan bermula secara rasmi pada 22 Julai. Kedua-dua tablet akan didatangkan dengan papan kekunci dan stilus secara percuma, serta hadiah menarik dengan nilai sehingga RM1,098.

    Layari laman web HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai tablet ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured