More

    HUAWEI MatePad Mini Dan Watch GT Runner 2 dilancar di Malaysia dengan harga bermula RM1,499

    Terbaharu, HUAWEI Malaysia memperkenalkan dua peranti iaitu HUAWEI MatePad Mini dan HUAWEI Watch GT Runner 2. Bagi MatePad Mini, tablet hadir dengan reka bentuk nipis 5.2mm dan berat sekitar 260g serta menggunakan paparan 8.8 inci Flexible OLED PaperMatte dengan resolusi 2.5K, kadar segar semula 120Hz, sokongan gamut warna P3 dan kecerahan puncak sehingga 1800 nits.

    Teknologi anti-silau PaperMatte turut disertakan untuk pengalaman penggunaan lebih selesa. Dari segi kamera, ia dilengkapi sensor belakang 50MP dan kamera hadapan 32MP, sesuai untuk rakaman kandungan dan panggilan video. Tablet ini dikuasakan bateri 6400mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W.

    Sementara itu, Watch GT Runner 2 dibangunkan khusus untuk pengguna aktif, terutamanya pelari. Ia menyokong sistem GNSS pelbagai jalur untuk penjejakan lokasi lebih tepat, termasuk dalam persekitaran mencabar seperti kawasan bandar padat atau laluan hutan. Antara ciri utama ialah sistem antena terapung 3D yang digabungkan dengan algoritma penentududukan X-DR bagi memastikan sambungan stabil.

    Jam ini turut memperkenalkan mod latihan marathon pintar yang dibangunkan bersama Eliud Kipchoge, menawarkan pelan latihan, panduan pacing masa nyata dan analisis selepas larian. Watch GT Runner 2 turut menyokong metrik lanjutan seperti kuasa larian, pengesanan ambang laktat dan indeks keupayaan larian.

    Ia dibina menggunakan aloi titanium gred aeroangkasa dengan berat sekitar 34.5g, menyokong lebih 100 mod sukan serta menawarkan hayat bateri sehingga 14 hari. Di Malaysia, MatePad Mini ditawarkan pada harga RM2,199, manakala Watch GT Runner 2 berharga RM1,499. Kedua-dua peranti tersedia melalui saluran rasmi Huawei termasuk laman web, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured