More

    HUAWEI MatePad Pro 12.2″ (2025) dilancar di Malaysia: Tablet mirip PC berharga RM3,599

    HUAWEI Malaysia hari ini melancarkan tablet andalan (flagship) terbaru untuk pasaran tempatan iaitu HUAWEI MatePad Pro 12.2″ (2025). Tablet ini dilengkapi pelbagai ciri dan spesifikasi canggih bagi menyediakan pengalaman penggunaan mirip komputer, sambil menawarkan reka bentuk yang lebih ringan dan kompak berbanding komputer riba.

    Tablet ini boleh dipasangkan dengan papan kekunci Genius HUAWEI Glide Keyboard untuk pengalaman menaip seperti komputer riba, serta didatangkan dengan aplikasi WPS Office yang menyediakan fungsi-fungsi produktiviti seperti dokumen, slaid pembentangan dan spreadsheet.

    Papan kekunci ini turut menyediakan ruang untuk stilus HUAWEI M-Pencil (3rd Gen) yang dikuasakan oleh NEARLINK. Ia direka khas untuk bantu anda menulis dan melukis dengan responsif dan boleh digunakan bersama aplikasi HUAWEI Notes dan GoPaint.

    Jika dibandingkan dengan model tahun lalu, tablet ini mempunyai rekaan pelesapan haba baharu yang meningkatkan prestasi sehinga 30%. Baterinya pula berkapasiti 10,100mAh dan sewaktu mengecas, ia boleh dicas penuh sepantas 55 minit sahaja.

    Ia turut mempunyai fungsi multi-tugas Smart Multi-Window, App Multiplier dan Live-Multitask bagi membenarkan anda buka beberapa aplikasi serentak.

    Skrinnya pula berukuran 12.2 inci dengan panel Tandem OLED PaperMatte Display, resolusi 2.8K dan kadar segar semula 144Hz. Ia turut mempunyai permukaan khas yang mengelakkan pantulan cahaya (anti-silau) serta pengiktirafan TÜV Rheinland dan SGS untuk penggunaan yang selesa pada mata.

    Tablet ini akan dijual di Malaysia pada harga RM3,599. Buat masa ini, pra-tempahan telah dibuka dalam laman web HUAWEI, Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Para pelanggan yang meletakkan deposit sebanyak RM50 sewaktu membuat pra-tempahan akan menerima rebat sehingga RM200 serta hadiah percuma bernilai RM2,045, termasuklah HUAWEI M-Pencil (3rd Gen), HUAWEI Mouse, HUAWEI Backpack, HUAWEI SoundJoy dan aplikas WPS Office.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured