More

    HUAWEI MatePad Pro 12.2 dan MatePad Air akan dilancar pada 6 Ogos 2024

    HUAWEI bakal melancarkan dua tablet baharu dalam rangkaian produk MatePad di China iaitu HUAWEI MatePad Pro 12.2 2024 dan HUAWEI MatePad Air 12 2024. Syarikat teknologi China itu telah berkongsi beberapa maklumat ringkas mengenai dua tablet tersebut dalam platform media sosial Weibo.

    Kedua-dua tablet bakal dilancar pada hari Selasa, 6 Ogos 2024 jam 2:30 petang waktu tempatan. Rekaan untuk kedua-dua tablet juga sudah dikongsi, di mana MatePad Pro 12.2 ditunjukkan dalam warna putih dengan aksesori papan kekunci dan stilus, manakala MatePad Air pula ditawarkan dalam tiga warna terang iaitu merah jambu, hijau dan putih.

    Selain daripada rekaannya, tidak banyak yang diketahui berkenaan dua tablet tersebut. Sungguh pun begitu, pengarah eksekutif HUAWEI Richard Yu berkata ia akan dilancar bersama aplikasi lukisan GoPaint dan telah berkongsi beberapa karya seni yang dihasilkan melalui aplikasi tersebut.

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaan untuk kedua-dua tablet ini dalam pasaran Malaysia. Jika anda berminat dengan tablet HUAWEI, anda boleh dapatkan HUAWEI MatePad 11.5″S PaperMatte Edition (RM2,499) yang dilancar pada bulan Jun lalu.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan aplikasi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...