More

    Huawei MatePad Pro dilancarkan di Malaysia: Tablet ‘flagship’ dengan cipset Kirin 990 berharga RM2,399

    Terdahulu, Huawei sebenarnya telah melancarkan sebuah tablet berprestasi melalui sebuah acara pelancaran global pada Februari lalu. Huawei Malaysia kini menampilkan Huawei MatePad Pro ke pasaran teknologi Malaysia, sebuah tablet dengan cipset Kirin 990. Turut dilancarkan bersama adalah siri Huawei P40 dan Huawei Watch GT 2e.

    MatePad Pro dilengkapi paparan 10.8 inci yang merupakan tablet dengan paparan bersaiz penuh (Fullview) pertama di dunia. Bukan hanya mementingkan ciri produktiviti seperti kolaborasi multi-skrin, tablet ini juga mementingkan pengalaman gaming yang imersif dengan penguasaan cipset Kirin 990.

    Tablet ini juga merupakan tablet dengan pengecasan wayarles 27W pertama di dunia atau anda boleh memilih untuk mengecas dengan pengecasan berwayar 40W. Pengecasan selama 2.5 jam terhadap baterinya yang berkapasiti 7,250mAh akan membenarkan anda untuk mengguna tablet ini selama 12 jam.

    Berkenaan kamera, MatePad Pro dilengkapi tetapan kamera utama 13MP dan kamera hadapan 8MP dengan fungsi autofokus.

    Jika anda melakukan pra-tempahan untuk MatePad Pro pada 3-10 April di laman web Huawei, anda akan menerima hadiah berupa aksesori Smart Magnetic Keyboard dan M-Pencil secara percuma. Selepas tempoh pra-tempahan tersebut, kedua-dua aksesori akan dijual secara berasingan pada harga RM499 untuk Smart Magnetic Keyboard dan RM299 untuk M-Pencil.

    Adakah anda berminat untuk menyambar salah satu varian Huawei MatePad Pro? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured