More

    HUAWEI MatePad SE 10.4″ dilancarkan di Malaysia: SD 680 dan bateri 5,100mAh berharga RM999

    Sebelum ini, HUAWEI menjenamakan semula MatePad SE yang dilancarkan di China sebagai MatePad C5e untuk pasaran Jepun dan kami fikir ia akan menggunakan nama yang sama di Malaysia juga. Namun, HUAWEI mengekalkan namanya dan melancarkan MatePad SE 10.4 inci untuk pasaran tempatan.

    Tablet ini dilengkapi dengan LCD 10.4 inci dengan resolusi FHD+ 2000 × 1200 dan 4,096 tahap pelarasan kecerahan automatik. Ia memuatkan cipset Qualcomm Snapdragon 680 bersama RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Ia juga mempunyai bateri berkapasiti 5,100mAh.

    Tambahan, MatePad SE mempunyai kamera 5MP di belakang manakala kamera hadapan menggunakan sensor 2MP. Ciri lain termasuk Surround Sound yang ditala oleh Histen 8.0, Super Device dan HarmonyOS 3. Tablet ini akan mula dijual mulai 5 November di seluruh negara. Ia berharga RM999 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM200.

    HUAWEI MatePad SE 10.4

    • Skrin LCD IPS 10.4 inci, FHD+ dengan resolusi 2000×1200, 4,096 tahap pelarasan kecerahan automatik
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 680
    • RAM 4GB dan storan dalaman 128GB
    • Kamera belakang 5MP (f/2.2 aperture, AF)
    • Kamera swafoto 2MP
    • Bateri berkapasiti 5,100mAh
    • Bluetooth 5.0, USB-C, USB 2.0
    • GPS / AGPS / GLONASS / BeiDou / GALILEO
    • Sistem operasi HarmonyOS 3
    • Harga: RM999

    Apakah pendapat anda tentang MatePad SE? Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...