More

    HUAWEI MatePad SE LTE dilancar di Malaysia: SD 680, skrin LCD 10.4″ dan bateri 5,100mAh berharga RM999

    Selain melancarkan HUAWEI MatePad Pro 12.6 inci versi 2022, HUAWEI Malaysia turut mengumumkan keluaran HUAWEI MatePad SE 10.4 inci versi LTE berharga RM999.

    Tablet ini dilengkapi dengan paparan LCD 10.4 inci dengan resolusi FHD+ 2000 × 1200 dan tahap pelarasan kecerahan automatik 4096. Ia menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 680 bersama RAM 4GB, storan 64GB dan bateri 5,100mAh.

    MatePad SE mempunyai kamera belakang 5MP manakala kamera hadapannya menggunakan sensor 2MP. Ciri-ciri lain termasuk Surround Sound yang disokong oleh Histen 8.0, Super Device dan HarmonyOS 3. 

    Di Malaysia, MatePad SE 10 inci LTE boleh dibeli di laman web rasmi HUAWEI, kedai rasmi HUAWEI di Shopee dan Lazada. Tambahan pula, pengguna yang membeli tablet ini akan mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM329 termasuk Sampul Folio rasmi tablet bernilai RM129 dan ganjaran HMS eksklusif bernilai sehingga RM200.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...