More

    HUAWEI mengacah cermin mata pintar dengan kanta boleh ganti, dilengkapi sistem operasi HarmonyOS

    HUAWEI sedang bersedia untuk melancarkan koleksi gajet baharu pada 23 Disember. Ia akan melancarkan HUAWEI P50 Pocket, Watch D dan peranti lain termasuk sepasang cermin mata pintar. Kini, cermin mata pintar merupakan trend baharu untuk syarikat teknologi, tetapi terdapat beberapa perbezaan daripada segi spesifikasi.

    Cermin mata pintar HUAWEI mempunyai tulang pembesar suara konduktif yang terbina di dalam dan menggunakan sistem operasi HarmonyOS. Ia mungkin membolehkan arahan suara dan penyepaduan dengan alat lain yang serasi dengan sistem Harmony.

    Satu ciri menarik bagi cermin mata ini ialah kedua-dua kanta boleh ditukar dengan panel hadapannya mempunyai magnet pada bingkainya. Ini adalah tindakan bijak HUAWEI kerana membolehkan ianya berfungsi seperti cermin mata membaca dan juga cermin mata hitam.

    HUAWEI telah hasilkan dua generasi cermin mata pintar sebelum ini dan kedua-duanya hasil kerjasama dengan Gentle Monster. Model baharu ini nampaknya merupakan pengeluaran HUAWEI yang pertama tanpa kerjasama dengan mana-mana pihak.

    Untuk pengetahuan, baru-baru ini OPPO telah melancarkan cermin mata pintarnya pada acara OPPO Inno Day yang diberi nama OPPO Air Glass. Jadi, ini mungkin ‘serangan balas’ daripada HUAWEI untuk bersaing dalam segmen cermin mata pintar.

    Adakah anda berminat dengan cermin mata pintar? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...