More

    HUAWEI mungkin akan menjual HONOR kepada Xiaomi, TCL atau Digital China Group

    Sebelum ini, terdapat berita mengatakan bahawa HUAWEI mungkin akan menjual jenama di bawah naungannya, HONOR, kepada sebuah syarikat luar. Kini syarikat yang mungkin akan membeli HONOR termasuklah Digital China Group, TCL dan Xiaomi.

    Penjualan tersebut mungkin akan bernilai sehingga 25 bilion CNY (~RM15.4 bilion). HUAWEI bertujuan menjual HONOR bagi menumpukan usaha mereka kepada telefon-telefon kelas tinggi atau flagship sahaja, dan bukannya telefon kelas pertengahan yang dijual oleh HONOR.

    Seorang penganalisa mengatakan jika HONOR dijual kepada syarikat lain, HONOR tidak akan dikenakan perintah larangan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Ini akan membenarkan jenama itu untuk menggunakan pelbagai komponen yang tidak boleh diguna oleh HUAWEI dan menyelamatkan operasinya.

    Buat masa ini, HONOR bersaing dengan jenama seperti Xiaomi, OPPO dan vivo dalam pasaran telefon kelas pertengahan dan bawahan. Dengan pemerolehan HONOR oleh mana-mana syarikat teknologi China, mungkin akan membantu HONOR untuk kekal bersaing dalam industri tersebut.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured