More

    HUAWEI mungkin ucapkan selamat tinggal kepada pasaran telefon pintar

    Seorang pakar analisa yang dipercayai ramai bernama Ming-Chi Kuo telah memberi pendapatnya mengenai masa depan syarikat HUAWEI yang membimbangkan akibat sekatan dari Amerika Syarikat.

    Dia berpendapat bahawa HUAWEI mungkin akan tinggalkan pasaran telefon pintar jika situasi syarikat semakin teruk dari masa ke semasa. Sekatan yang telah diletakkan oleh Amerika Syarikat ini dilihat telah memberi impak besar yang negatif kepada perniagaan syarikat HUAWEI.

    Sekatan ini berlaku pada bulan Mei tahun lalu apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah meletakkan HUAWEI dalam perintah eksekutif yang menghalang syarikat gergasi China ini daripada menggunakan teknologi milik Amerika Syarikat.

    Dengan sekatan ini, telefon pintar dari HUAWEI dan anak syarikatnya HONOR tidak dapat menggunakan aplikasi Google yang sangat penting untuk sesebuah telefon pintar Android. Selain itu, sekatan ini juga telah memaksa syarikat TSMC daripada mengambil pesanan baru untuk cipset HiSilicon Kirin. Ini bermaksud, syarikat HUAWEI dan HONOR tidak lagi dapat menggunakan cipset keluarannya sendiri.

    Berdasarkan Kuo, walaupun HUAWEI dapat mencari sumber untuk menghasilkan komponen telefon pintarnya, pegangan pasaran syarikat tersebut tetap akan terkesan dengan teruk dan kemungkinan untuk meninggalkan pasaran telefon pintar itu ada.

    Apa pun, ini hanyalah spekulasi dan analisis dari sebuah penganalisis sahaja. HUAWEI dilihat masih melancarkan telefon pintar dan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pengguna.

    Nantikan berita lanjut di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GIZMOCHINA

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured