More

    HUAWEI nova 11 mungkin dilancar, tampilkan ciri Dynamic Island

    Ciri Dynamic Island amat popular sejak siri iPhone 14 dilancarkan dan kini, HUAWEI mungkin turut mengikuti idea ini. Ia dikatakan sedikit berbeza daripada ciri Dynamic Island yang diperkenalkan oleh Apple dengan siri iPhone 14 Pro.

    Selepas Apple mengeluarkan ciri ini, syarikat pengeluar telefon pintar lain seperti Xiaomi dan HONOR menggunakan potongan kamera swafoto tengah berbentuk pil tanpa sebarang fungsi pada potongan tersebut. HUAWEI sedang melangkah ke hadapan untuk memperkenalkan ciri Dynamic Island sendiri.

    Menurut laporan, ciri ini akan muncul pada siri HUAWEI nova 11. Beberapa peranti dalam siri ini akan menggunakan potongan kamera swafoto berbentuk pil. Memandangkan ia menggunakan perisian HarmonyOS, ini agak mudah bagi HUAWEI untuk menyepadukan ciri tambahan ke dalam potongan kamera swafoto itu.

    Siri HUAWEI nova 11 dijangka akan dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang. Selain ciri Dynamic Island, siri ini mungkin membawa sistem fotografi XMAGE.

    Adakah ciri Dynaimc Island akan membawa kelainan berbanding peranti Android yang lain? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured