More

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan harian. Tarikan utamanya ialah bateri 8,500mAh yang merupakan kapasiti terbesar pernah digunakan pada telefon pintar HUAWEI.

    Baterinya menawarkan sehingga 23 jam tontonan video dan menyokong teknologi Energy Booster bagi mengoptimumkan penggunaan tenaga. Ia turut menyokong pengecasan berbalik untuk mengecas peranti HUAWEI lain seperti fon telinga dan tablet. Untuk rekaan, nova 15 Max hadir dengan badan setebal 7.98mm dan skrin 6.84 inci Full-View.

    Paparan menggunakan panel OLED 120Hz dengan kecerahan puncak 4,000 nits serta PWM dimming 2,160Hz. Audio disokong sistem stereo dual speaker dengan 90° soundstage dan Volume Boost Mode. Selain itu, peranti ini hadir dengan penarafan SGS 5-Star Drop Resistance, IP65 serta ditawarkan dalam warna Blush Gold dan Golden Black dengan rekaan Star Ring pada kamera.

    Turut disertakan Splash Touch untuk penggunaan skrin ketika basah. Kamera utama menggunakan sensor 50MP RYYB Ultra Vision dengan sokongan AI XD Portrait dan AI Best Expression. Ciri tambahan termasuk X-Button boleh custom untuk akses pantas aplikasi seperti Gemini, WhatsApp dan Touch ‘n Go eWallet, selain Wi-Fi 7, Bluetooth 5.2, Privacy Centre dan Security Centre.

    HUAWEI nova 15 Max kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM1,699. Sepanjang tempoh promosi jualan pertama, pengguna boleh mendapat rebat segera RM200 yang menjadikan harga jualannya RM1,499 selain hadiah bernilai sehingga RM827 termasuk HUAWEI Band 10, waranti APAC selama setahun dan program penggantian bateri percuma selama dua tahun.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured