More

    HUAWEI nova 8i disahkan, bakal dilengkapi cipset Snapdragon dan empat kamera

    HUAWEI kini sudah mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan HUAWEI nova 8i, di mana mereka telah pun berkongsi maklumat tentang spesifikasi dan rupa bentuk peranti tersebut, seperti yang tertera dalam gambar di atas. Ia menunjukkan rupa yang sangat berlainan berbanding gambar yang telah tertiris pada minggu lepas.

    Rekaannya nampak premium, dengan badan yang berkilauan serta nampak seperti ia dibuat daripada kaca. Sebuah modul kamera di bahagian tengah menempatkan empat lensa, terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar, kamera makro dan sensor kedalaman. Kamera ini bakal menyokong teknologi Super Night Shot 2.0 yang membenarkan pengguna untuk mengambil gambar cantik dalam situasi malap.

    Di hadapan, ia mempunyai skrin HUAWEI Edgeless Display yang mempunyai sisi melengkung, berukuran 6.67 inci dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 94.7%. HUAWEI juga mengatakan telefon ini bakal dilengkapi cipset Snapdragon namun modelnya masih tidak diketahui, RAM 6GB atau 8GB, storan dalaman 128GB dan pengecasan pantas 66W HUAWEI SuperCharge yang boleh mengecas penuh sepantas 38 minit.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HUAWEI nova 8i dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured