More

    HUAWEI nova 8i, FreeBuds 4, MateView GT akan dilancar di Malaysia 6 Julai ini!

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan HUAWEI nova 8i, HUAWEI FreeBuds 4, HUAWEI MateView dan HUAWEI MateView GT pada 6 Julai ini.

    Pelancaran kali ini akan berlangsung di media sosial rasmi Facebook HUAWEI pada jam 7 malam. Produk-produk yang bakal dilancarkan menfokuskan kepada ciri-ciri AI yang membantu kehidupan harian pengguna.

    HUAWEI nova 8i adalah sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang hadir dengan pengecasan pantas 66W dan kamera kuad 64MP. Ia juga dilengkapi skrin 6.67 inci dengan nisbah skrin-ke-badan setinggi 94.7%.

    Manakala HUAWEI FreeBuds 4 adalah sebuah fon telinga premium yang hadir dengan ciri pembatalan bunyi hingar. Ia juga menggunakan pemacu dinamik dengan respons frekuensi sehingga 40kHz yang dapat memberikan bunyi yang jelas dan berkualiti.

    HUAWEI MateView adalah monitor 28.2 inci beresolusi 4K dengan nisbah skrin-ke-badan 94%. Untuk MateView GT pula, ia adalah skrin 34 inci melengkung beresolusi 4K dengan kadar segar semula 165Hz.

    Adakah anda menantikan produk ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...