More

    HUAWEI nova 9 SE bakal dilancar di Malaysia pada 11 Mac ini, tempahan terawal bakal memenangi hadiah

    HUAWEI nova 9 SE yang dinanti-nantikan akan dilancarkan secara maya di halaman Facebook rasmi HUAWEI pada jam 3 petang pada 11 Mac 2022 ini. HUAWEI nova 9 SE menampilkan skri berukuran 6.78 inci dengan bezel ultra nipis pada 1.05mm dan kadar segar semula 90Hz.

    Peranti ini dilengkapi empat kamera dengan kamera utama 108MP + ulta lebar 8MP + makro 2 MP + kamera kedalaman 2MP dan kamera 108MP. Ciri istimewa yang terdapat pada nova 9 SE ialah video Dwi-Pandangan yang pengguna membolehkan pengguna rakam secara serentak menggunakan kamera hadapan dan belakang.

    HUAWEI nova 9 SE mempunyai kapasiti bateri 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W HUAWEI. Peranti ini boleh dicas sepenuhnya dalam masa 40 minit. Jika anda berminat dengannya, jadilah pembeli awal dengan menempah tempat terawal dengan deposit hanya RM20 di laman rasmi HUAWEI.

    Tempah tempat dengan langkah mudah ini:

    1. Tempah tempat dengan bayaran deposit RM20 untuk satu (1) unit HUAWEI nova 9 SE baharu di laman rasmi HUAWEI bermula 4 Mac 2022, 12:00 pagi hingga 11 Mac 2022, 3:59 petang
    2. Lengkapkan pembayaran baki untuk HUAWEI nova 9 SE dari 11 Mac 2022, 4:00 petang hingga 18 Mac 2022, 11:59 malam

    Penempah tempat terawal akan berpeluang membawa pulang hadiah menarik daripada cabutan bertuah! Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured