More

    HUAWEI nova 9 SE dilancar di Malaysia: Skrin FullView 6.78”, kamera 108MP dan bateri 4,000mAh berharga RM1,099

    HUAWEI mengumumkan HUAWEI nova 9 SE membawa empat kamera 108MP, ciri vlogging super futuristik, SuperCharge HUAWEI 66W, paparan FullView 6.78 inci dengan hanya RM1,099. Ia juga mempunyai ciri peranti Super dan EMUI 12 untuk pengalaman telefon pintar terbaik.

    HUAWEI nova 9 SE memberikan anda tiga pilihan warna iaitu Crystal Blue, Pearl White dan Midnight black. Paparannya dilengkapi dengan bezel nipis 1.05mm, mempunyai sistem kamera kuad AI 108MP dan sensor 1/1.52-inci, sudut ultra lebar 8MP, sensor kedalaman 2MP dan makro 2MP. Kamera lebar swafoto AI Beauty 16MP untuk tangkapan yang lebih jelas walaupun dizum tiga kali.

    Peranti ini dilengkapi dengan dwi-paparan video dengan perspektif dari hadapan dan belakang secara serentak atau gambaran yang dizum dalam satu bingkai. Ciri Kompilasi Video Satu Klik (One-Click Video Compilation) berfungsi di mana pengguna boleh memilih dan menggabungkan pelbagai klip sekali gus. Aplikasi Petal Clip pula dipra-pasang sebagai alat penyuntingan untuk pelbagai templat dan tema video yang mudah dikendalikan.

    Ia menggunakan bateri 4,000mAh yang menyokong pengecasan SuperCharge 66W di mana dalam 16 minit pengecasan boleh menaikkan kuasa bateri sehingga 60% manakala 36 minit untuk pengecasan penuh. Perisian EMUI pada peranti menawarkan tindak balas kawalan dan sambungan lancar antara berbilang peranti HUAWEI seperti telefon pintar, tablet dan PC.

    Mulai 31 Disember 2021, AppGallery tersedia di lebih 170 negara dan wilayah termasuk Shopee MY, Lazada, Touch ‘n Go eWallet, Grab SuperApp, Maybank2u MY, TikTok dan banyak lagi. Sempena pelancaran ini, pengguna HUAWEI nova 9 SE boleh menikmati faedah seperti:

    • Watsons: Baucar Watsons percuma bernilai RM10
    • Kopi ZUS: 1 cawan baucar CEO Latté (bernilai sehingga RM9.90)
    • Tealive: 1 baucar Tealive bernilai RM7
    • Flexi Parking: Dapatkan kredit parking RM30 apabila membeli Flexi Motor Protections
    • EASI: Baucar diskaun 20% dihadkan pada RM15 tanpa perbelanjaan min x 3 kali bagi setiap pengguna
    • J&T Malaysia: 2 keping baucar J&T (bernilai sehingga RM10)

    Dari 12 Mac hingga 19 Mac 2022, HUAWEI Malaysia akan menganjurkan ruang art deco khusus di Sunway Pyramid, Queensbay Mall dan East Coast Mall dari 10AM – 10PM. HUAWEI Malaysia juga menganjurkan peraduan sosial “Abadikan detik terbaik anda dengan HUAWEI nova 9 SE Art Deco” dari 12 Mac hingga 19 Mac 2022:

    • Kunjungi mana-mana daripada tiga lokasi di East Coast Mall di Kuantan; Queensbay Mall di Pulau Pinang, atau Sunway Pyramid di Selangor
    • Tangkap video atau foto dengan struktur logo nova di salah satu daripada tiga pusat membeli-belah terpilih
    • Siarkan fotografi atau video asal yang ditangkap di Instagram (“Siaran”) dan tandai @huaweimobilemy dan ikuti Instagram @huaweimobilemy;
    • Sertakan hashtag #HUAWEInova9se dan #BeInspiredBenova pada kapsyen siaran;
    • Pergi ke mana-mana HUAWEI EXPERIENCE STORE (“kedai HES”) untuk menunjukkan langkah yang telah dilakukan dan menebus hadiah (sementara stok masih ada dalam kuantiti terhad).

    HUAWEI nova 9 SE akan mula tersedia untuk pra-tempah sehingga 18 Mac 2022 di laman web rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Store, HUAWEI Official Store di Shopee dan HUAWEI Flagship Store di Lazada daripada RM1,099. Setiap pembelian HUAWEI nova 9 SE akan disertakan dengan HUAWEI FreeLace dan promosi perkhidmatan mudah alih HUAWEI yang lain bernilai sehingga RM560 sebagai hadiah percuma selagi stok masih ada.

    Anda boleh kunjungi Facebook HUAWEI dan laman web rasmi HUAWEI untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...