fbpx
More

    HUAWEI nova 9 & Watch GT3 tawarkan pengalaman dan sambungan yang lancar kepada anda

    Pada masa kini, teknologi banyak membantu pengguna dalam kehidupan seharian mereka. HUAWEI masih meneruskan barisan produk berkonsep ā€œ1+8+Nā€ dan strategi AI Life Seamless serta memperkenalkan dua produk iaitu HUAWEI nova 9 dan HUAWEI Watch GT3. Kedua-dua peranti ini sudah lama dilancarkan di Malaysia namun, pasti ada di antara anda yang tidak tahu mengenai peranti ini. Di sini, kami akan menceritakan sambungan yang lancar bagi kedua-dua peranti.

    HUAWEI nova 9

    HUAWEI nova 9 adalah salah satu telefon pintar paling elegan di pasaran Malaysia yang dilengkapi dengan reka bentuk kaca melengkung di bahagian hadapan dan belakang telefon. Dengan reka bentuk senipis 7.77mm dan ringan 175g sahaja, ia turut ditawarkan dalam dua warna yang pasti menarik perhatian sesiapa pun iaitu biru Starry Blue dan hitam Starry Black.

    Biru dan hitam Starry
    Tangkapan swafoto terbaik

    Kamera yang berkualiti tinggi memainkan peranan besar pada telefon pintar. HUAWEI Nova 9 menampilkan kamera hadapan 32MP yang boleh menangkap video sehingga UltraHD 4K sesuai untuk penstriman langsung, vlog dan gambar swafoto. nova 9 mempunyai fungsi penstabilan video selfie AIS yang mengurangkan goyangan ketika rakaman video dan paparan dwi-mod untuk rakaman kamera depan dan belakang pada masa yang sama, sesuai untuk vlogger yang aktif!

    nova 9 turut menampilkan sistem kamera penglihatan ultra 50MP yang dibantu oleh RYYB Super Sensing, XD Fusion Engine dan teknologi Ultra Vision HDR untuk tangkapan jelas dan tajam serta memudahkan anda menyunting foto. Anda juga boleh menggunakan kamera utama untuk merakam video 4K pada 30FPS untuk merakam vlog pada bila-bila masa.

    Tri-kamera belakang
    Hai, Gspace!
    Beberapa apl popular yang tersedia di HUAWEI AppGallery

    Akhir sekali, pengguna nova 9 boleh menggunakan HUAWEI AppGallery untuk mengakses aplikasi kegemaran mereka dalam talian termasuk Gspace. Anda pasti tertanya-tanya apakah fungsi Gspace? Ia adalah aplikasi yang mengandungi semua aplikasi Google seperti Gmail, peta Google, foto Google dan lain-lain yang memudahkan anda. Selain Gspace, anda juga boleh menemui banyak aplikasi popular seperti Facebook, Netflix, Telegram, PUBG Mobile dan banyak lagi. Petal Search sedia membantu anda.

    HUAWEI Watch GT3

    Watch GT3 adalah peranti terbaru HUAWEI yang memudahkan kehidupan seharian anda. Anda boleh menyambungkannya dengan peranti HUAWEI supaya anda tidak akan terlepas sebarang panggilan atau mesej penting. Anda juga boleh menggunakan jam tangan pintar ini untuk membuat panggilan telefon Bluetooth melalui arahan suara dan berfungsi sebagai alat kawalan jauh untuk kamera jika anda pergi mengembara secara berseorangan.

    Anda boleh membuat panggilan pada HUAWEI Watch GT3
    Pelbagai warna tali mengikut gaya anda!

    Dari segi gaya, Watch GT3 menggunakan konsep reka bentuk minimalis sambil mengekalkan ciri-ciri terbaik. Anda boleh menukar tali kepada fluoroelastomer hitam 46mm dan 42mm, warna kulit coklat 46mm atau kulit putih 42mm mengikut gaya pilihan anda.

    Selain itu, bateri jam pintar mampu bertahan sehingga 14 hari bagi 46mm dan 7 hari bagi 42mm. Ini membolehkan anda melakukan aktiviti sepanjang hari tanpa perlu risau tentang hayat bateri. Sekiranya anda berada di luar rumah dan jam tangan mula kehabisan bateri, anda hanya perlu meletakkannya pada telefon yang menyokong pengecasan wayarles terbalik.

    Ringkasan HUAWEI Watch GT3

    Bagi mereka yang gemar bersukan, Watch GT3 amat sesuai untuk anda kerana ia mempunyai lebih daripada 100 mod senaman termasuk berenang, berlari, mendaki gunung, berbasikal dan juga lompat tali. Jam tangan pintar ini akan merekodkan semua kemajuan dan membantu mencapai matlamat kesihatan serta senaman anda. Ia juga akan menyediakan laporan terperinci untuk memberitahu anda aktiviti lain yang boleh anda lakukan!

    Itu sahaja mengenai HUAWEI nova 9 dan HUAWEI Watch GT3 untuk membantu anda berhubung dan menjalani kehidupan lebih pintar. Anda pasti ingin mendapatkannya kerana Tahun baru semakin menghampiri dan kami pasti pasti kedua-dua produk ini dapat meningkatkan gaya hidup anda ke tahap yang baharu!

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HUAWEI nova 9 dan HUAWEI Watch GT3, anda boleh lawati laman web rasmi HUAWEI di sini dan juga di sini. Anda juga boleh lawati platform rasmi seperti HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada dan HUAWEI Experience Store. Sebagai alternatif, anda juga boleh pergi ke HUAWEI Experience Store berdekatan untuk melihat kehebatan peranti.

    Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja]

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 10 VI dilancar: Telefon pertengahan dengan skrin OLED 21:9, SD 6 Gen...

    Selain melancarkan telefon pintar andalan Xperia 1 VI pada hari ini, Sony turut melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Sony Xperia 10 VI....

    Sony Xperia 1 VI dilancar: SD 8 Gen 3, OLED 120Hz, kamera dengan zum...

    Sony telah melancarkan telefon pintar andalannya (flagship) yang terbaru iaitu Sony Xperia 1 VI. Seperti telefon-telefon Xperia 1 sebelum ini, ia mempunyai...

    Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 dilancar di Malaysia: Skrin 3K 144Hz, bateri 10,000mAh, cas...

    Pada hari ini, Xiaomi Malaysia melancarkan Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 iaitu sebuah tablet besar dengan skrin berukuran 12.4 inci dan boleh...

    Apple sekat lebih ~RM33 bilion dalam percubaan penipuan menerusi App Store

    Dalam tempoh empat tahun (2020-2023), Apple mengatakan bahawa mereka telah menghalang lebih $7 bilion (~RM33 bilion) dalam transaksi penipuan, menyekat 375,000 aplikasi...

    Ini adalah senarai ciri AI yang diumumkan pada acara Google I/O 2024

    Pada acara Google I/O, Google turut memperkenalkan beberapa kemas kini baharu pada Gemini AI. Terdapat versi Gemini 1.5 Flash baharu, Gemma 2,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X