More

    HUAWEI nova Flip akan dilancar pada 5 Ogos 2024

    HUAWEI akan melancarkan telefon pintar boleh lipat terbarunya, HUAWEI nova Flip pada 5 Ogos ini, jam 7.00 petang di China. Promosi telefon ini akan menampilkan Jackson Yee dari TFBoys dan akan disiarkan secara langsung di bilibili di mana beberapa video unboxing awal sudah tersedia.

    HUAWEI nova Flip akan tersedia dalam empat warna semasa pelancaran iaitu New Green sebagai warna utama dalam imej promosi, Sakura Pink, Zero White dan Starry Black. Telefon ini mempunyai paparan segi empat tepat, berbeza dengan paparan bulat 1.15 inci pada HUAWEI Pocket 2. Ciri-ciri utama HUAWEI nova Flip yang didedahkan melalui maklumat yang bocor termasuk paparan dalaman LTPO OLED 120Hz dan paparan penutup 2.14 inci.

    Ia akan mempunyai bateri berkapasiti 4,400mAh dengan pengecasan berwayar 66W, dikuasakan oleh cipset Kirin 9000-series, RAM 12GB dan storan sehingga 1TB. Tetapan kamera termasuk kamera belakang 50MP+8MP dan kamera swafoto 32MP. Peranti ini akan mempunyai profil nipis pada 6.88mm dan berat 195g dengan sedikit variasi bergantung pada warna.

    Walau bagaimanapun, spesifikasi ini masih belum disahkan secara rasmi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...