More

    HUAWEI nova Y70 dilancar di Malaysia: Skrin 6.75”, kamera 48MP dan bateri 6,000mAh berharga RM699

    HUAWEI Malaysia telah melancarkan HUAWEI nova Y70 dengan gabungan ciri menarik dan inovatif mengikut keperluan pengguna. Di bawah merupakan ciri-ciri dan spesifikasi HUAWEI nova Y70 yang anda perlu tahu.

    Telefon pintar HUAWEI nova Y70 membawa bateri 6,000mAh yang menyokong SuperCharge 22.5W di mana anda boleh memainkan video selama tiga jam hanya dengan pengecasan selama 10 minit. Sekiranya telefon pintar hanya mempunyai baki 5% bateri, ia akan menghidupkan mod bateri rendah yang akan bertahan sehingga 12 jam sebelum dimatikan. 

    Telefon pintar ini menampilkan paparan penuh 6.75 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 90.26%. Ia dilengkapi dengan storan 128GB bersama slot kad MicroSD untuk ruang storan sehingga 512GB. Teknologi pemampatan fail super EROFTS turut membantu memuat turun kandungan dengan cepat dan mudah. 

    Daripada segi kamera, ia membawa ciri AI Triple Camera dan dibantu oleh kamera utama beresolusi tinggi 48MP, sudut ultra lebar 120° 5MP dan sensor kedalaman 2MP. Telefon pintar ini mampu menghasilkan foto yang jelas, fokus dan berkualiti tinggi.

    Pengguna HUAWEI nova Y70 boleh memuat turun aplikasi kegemaran mereka daripada AppGallery. AppGallery menawarkan rangkaian aplikasi seperti Booking.com, MAE, Malaysia Airlines, Union Pay dan banyak lagi untuk pengguna memanfaatkan telefon pintar mereka sepenuhnya.

    Selain itu, pengguna boleh mencari maklumat, produk dan tawaran melalui Petal Search. Pengguna HUAWEI nova Y70 boleh memanfaatkan keupayaan “dwi-skrin” untuk melihat navigasi laluan pada paparan yang lebih besar semasa menggunakan Petal Maps. 

    Anda boleh dapatkan peranti ini dalam tiga warna iaitu putih mutiara, biru kristal dan hitam malam pada harga RM699 mulai 17 Jun 2022. Pengguna boleh mengetahui lebih lanjut mengenai telefon pintar itu di laman web rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Stores dan kedai rakan kongsi HUAWEI yang mengambil bahagian seperti Lazada dan Shopee.

    Lawati laman web rasmi HUAWEI Malaysia atau Facebook HUAWEI untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...