More

    Huawei P40 dan P40 Pro muncul di TENAA, dengan sokongan dual-mode 5G

    Seperti sudah kita sedia maklum, tarikh pelancaran Huawei P40 dan P40 Pro adalah pada tahun ini (mungkin pada bulan April atau bulan-bulan seterusnya). Terkini, Huawei P40 dan P40 Pro dilihat muncul dalam senarai di TENAA! Mungkinkah ia bakal dilancarkan lebih awal?

    Di dalam senarai itu, peranti menggunakan nombor model ANA-AN00 dan ANA-TN00 (mungkin P40), serta ELS-AN00 dan ELS-TN00 (mungkin P40 Pro). Berdasarkan penyenaraian ini, sumber melaporkan peranti tersebut bakal menyokong dwi-mod 5G (dual-mode 5G), slot dwi-SIM dan berkemungkinan ia bakal dioperasikan oleh Android.

    Terdahulu, khabar angin melaporkan siri Huawei P40 bakal hadir dengan tetapan lima penta, dilengkapi cipset Kirin 990 5G, pengecas pantas 50W, paparan 6.5 inci dan kadar segar semula 90Hz. Apa pun, khabar angin bukanlah suatu kebenaran yang rasmi.

    Adakah khabar angin ini memuaskan hati anda? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

    Sumber: GSMArena | Waqar Khan

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured