More

    HUAWEI P40 lite 5G dilancarkan dengan Kirin 820, kamera quad 64MP berharga ~RM1,878

    Terkini, HUAWEI telah melancarkan HUAWEI P40 lite 5G di pasaran Eropah. Perlu diingatkan bahawa, HUAWEI P40 Lite dan HUAWEI P40 lite 5G adalah dua peranti yang berbeza dari segi ciri spesifikasinya.

    HUAWEI P40 lite 5G hadir dengan spesifikasi menonjol seperti kamera utama quad 64MP dan bateri 4000mAh bersama pengecasan pantas 40W. Menurut sumber, reka bentuknya agak seperti HUAWEI nova 7 SE dengan paparan skrin berlubang. Peranti ini juga termasuk dalam barisan peranti dengan sokongan 5G dan ekosistem HUAWEI AppGallery. Anda boleh menyemak spesifikasinya di bawah.

    • Cipset HiSilicon Kirin 820 5G
    • RAM 6GB + ROM 128GB
    • Paparan IPS LCD 6.5-inci Full HD+ (1080 x 2400 piksel)
    • Kamera utama quad 64MP + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman)
    • Kamera selfie 16MP
    • Bateri 4000mAh
    • Pengecasan pantas 40W
    • Android 10 + EMUI 10
    Sumber: Argus World

    Melalui pengeluarannya di Eropah, harga rasminya adalah 399 Euro dengan jangkaan harga di Malaysia (lebih kurang ~RM1,878). Apa pun, kami masih ketiadaan makluat rasmi berkenaan kehadiran peranti ini di pasaran Malaysia.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured