More

    HUAWEI P50 Pocket dilancar di Malaysia: SD 888, OLED 6.9” 120Hz dan kamera 40MP bermula RM5,999

    Pada hari ini, HUAWEI Malaysia telah melancarkan telefon pintar baharunya iaitu HUAWEI P50 Pro dan telefon pintar boleh-lipat HUAWEI P50 Pocket. HUAWEI P50 Pocket menampilkan reka bentuk estetik dalam warna putih dan Premium Gold. 

    Telefon pintar HUAWEI P50 Pocket hadir dengan Optik XD HUAWEI dan Enjin Imej XD Fusion Pro yang canggih untuk imej yang jelas dengan kadar dinamik yang tinggi dan tangkapan pintar yang dipertingkatkan melalui Rakaman Kroma Sebenar. Ia menggunakan reka bentuk dwi-bulatan yang terdapat pada siri HUAWEI P50 di mana satu bulatan untuk modul kamera dan satu untuk Skrin Luaran pintar. Terdapat satu warna ekslusif iaitu warna Premium Gold untuk HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium yang direka oleh pereka Haute Couture, Iris Van Herpen berinspirasikan prinsip “simbiosis”.

    Telefon pintar ini juga mempunyai keupayaan lipatan yang lancar, ultra nipis dan ringan dengan paparan 6.9 inci serta nisbah paparan 21:9. Ia membawa kadar penyegaran semula 120Hz, kadar pensampelan sentuh 300Hz dan sokongan pemalapan PWM berfrekuensi tinggi 1440Hz. Paparan yang digunakan dapat melindungi mata pengguna walaupun menggunakan telefon dalam masa yang agak lama.

    Kamera Matrik Ultra Spektrum P50 Pocket hadir dengan kamera kroma sebenar 40MP, ultra sudut lebar 13MP, kamera ultra spektrum 32MP dan lain-lain. Ia memberikan imej yang lebih perinci dan jelas pada waktu siang dan malam kerana Optik XD HUAWEI dan enjin imej kroma sebenar. Ciri Ultra Spectrum Fluorescence Photograpgy boleh menangkap imej secara dekat dan butiran yang tidak dapat dilihat oleh mata pengguna.

    Skrin Luaran HUAWEI P50 Pocket menyokong paparan notifikasi, jadual, kalendar, muzik, cuaca dan kawalan pelbagai ciri serta mengubahsuai skrin luaran mengikut pilihan pengguna. Pengguna boleh memuat turun aplikasi kegemaran mereka dari AppGallery yang tersedia di dalam telefon pintar HUAWEI seperti AirAsia, Boost, Grab, Shopee, Syok, TGV, Zus Coffee dan banyak lagi. Pengguna juga boleh mencari dan memuat turun aplikasi mudah alih dan nikmati pelbagai hadiah ekslusif, rebat, kupon dan faedah VIP.

    Pengguna boleh membuat pra-tempahan untuk HUAWEI P50 Pocket pada harga RM5,999 bermula dari 22 Januari 2022 manakala HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium boleh didapati untuk pra-tempahan pada harga RM7,299. HUAWEI P50 Pocket dan HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium boleh didapati di HUAWEI Official WebsiteHUAWEI Experience Stores, platform dan kedai rasmi bermula dari 22 Februari 2022. Anda juga berpeluang untuk mendapat hadia percuma bernilai sehingga RM2,700 bagi setiap pra-tempahan HUAWEI P50 Pocket.

    Anda boleh lawati HUAWEI Experience Store terdekat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Aktiviti Trade-Up dan peranti yang telah dilancarkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Malaysia perkenal pasport 10 tahun RM350 — Ini apa yang anda perlu tahu

    Malaysia secara rasmi memperkenalkan pasport 10 tahun dengan kadar baharu RM350 bagi warganegara berumur 18 hingga 59 tahun, berkuat kuasa selepas diwartakan...

    TSMC dakwa Samsung “masih bermimpi” untuk dominasi industri foundri global

    Pengerusi TSMC, C.C. Wei, menegaskan kedudukan syarikat itu dalam industri foundri global masih kukuh dan percaya pesaingnya masih belum mampu mencabar penguasaan...

    HONOR MagicPad 4 turut diumum dengan SD 8 Gen 5, OLED 12.3″ dan bateri...

    Selain pelancaran telefon pintar boleh lipat Magic V6, HONOR turut mengumumkan ketibaan tablet premium baharunya iaitu HONOR MagicPad 4 untuk pasaran Malaysia....

    Infinix HOT 70 tiba di Malaysia dengan butang AI khas dan Google AI Plus...

    Infinix Malaysia hari ini melancarkan HOT 70 iaitu telefon pintar baharu dalam segmen mampu milik yang hadir dengan fokus terhadap reka bentuk,...

    HONOR Magic V6 diumum di Malaysia: “Super Steel Hinge” dan “Magic Diamond Screen” bermula...

    HONOR Malaysia melancarkan telefon pintar boleh lipat terbaharu HONOR Magic V6 yang tampil dengan rekaan lebih nipis, bateri lebih besar dan pelbagai...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...