More

    HUAWEI P60 Pro dengan storan 512GB akan dijual pada harga yang sama dengan 256GB

    HUAWEI Malaysia sekarang sedang menganjurkan promosi khas untuk HUAWEI P60 Pro, di mana untuk tempoh terhad, harga untuk varian storan 512GB akan dijual pada harga yang sama dengan storan 256GB.

    Jika anda membeli HUAWEI P60 Pro dalam tempoh 3 November hingga 31 Disember 2023, anda boleh beli HUAWEI P60 Pro 256GB atau 512GB pada harga yang sama iaitu RM4,199. Sebelum ini, harga asal untuk varian 256GB adalah RM4,699 manakala varian 512GB pula adalah RM5,499.

    Di samping itu, anda juga boleh dapatkan diskaun tambahan sehingga RM500 jika anda bawa telefon lama anda ke kedai HUAWEI Experience Store untuk ditukarkan (trade-in) dengan HUAWEI P60 Pro.

    Jika anda tidak tahu mengenai telefon ini, HUAWEI P60 Pro adalah telefon pintar andalan (flagship) terbaru daripada HUAWEI dan ia dilengkapi skrin Quad-Curve Display yang dibuat dengan teknologi Kunlun Glass untuk ketahanan tertinggi, sambil mengekalkan berat yang lebih rendah daripada 200 gram serta menawarkan rating kalis air IP68.

    Skrinnya pula mempunyai panel LTPO dengan kadar segar semula sehingga 1-120Hz untuk pengalaman menatal (swiping) yang lancar. Selain itu, baterinya berkapasiti 4,815mAh yang menyokong pengecasan pantas 88W, pengecasan wayarles 50W dan pengecasan wayarles berbalik 7.5W.

    Satu lagi ciri menarik untuk HUAWEI P60 Pro adalah kamera utama Ultra Lighting Main Camera dengan apertur boleh ubah antara F1.4 ke F4.0 dengan sensor SuperSensing untuk kualiti gambar jelas dalam suasana malap.

    Anda boleh baca artikel pelancaran HUAWEI P60 Pro untuk maklumat lanjut mengenainya, atau layari laman web HUAWEI Malaysia untuk membeli telefon ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...