More

    HUAWEI perkenal HarmonyOS untuk komputer – Alternatif baharu kepada Windows, Mac

    Ketika kebanyakan orang membeli komputer peribadi (PC), pilihan utama biasanya sistem operasi Windows. Ada juga yang memilih Mac atau Linux. Namun kini, pengguna bakal mempunyai satu lagi pilihan iaitu HarmonyOS versi PC yang merupakan sistem operasi baharu daripada HUAWEI.

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan pelancaran HarmonyOS PC pada acara HarmonyOS Computer Technology and Ecosystem Communication. Ini merupakan satu alternatif besar kepada sistem operasi keluaran syarikat Amerika.

    Menurut HUAWEI, HarmonyOS PC dibina dengan tiga komponen utama:

    • HarmonyOS Base – bahagian asas sistem ini termasuk ‘kernel’ sistem operasi, Ark Engine untuk grafik dan antara muka pengguna serta StarShield untuk ciri keselamatan.
    • HarmonyOS Ecosystem – merangkumi lebih 150 aplikasi eksklusif dan lebih 2,000 aplikasi ekosistem universal. Antaranya termasuk WPS Office, sebagai pengganti kepada Microsoft Office 365.
    • HarmonyOS Experience – menumpukan pada keserasian dengan lebih 1,000 peranti luaran termasuk papan kekunci, tetikus, pencetak, monitor, dan banyak lagi.

    Sama seperti Windows, sistem ini turut dilengkapi dengan kecerdasan buatan terbina dalam dengan HarmonyOS AI untuk membantu pengguna dalam tugasan harian. HarmonyOS PC dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada 19 Mei 2025 khusus untuk pasaran pengguna PC di China.

    Nantikan pengumuman HUAWEI jika ia akan tersedia secara global pada masa akan datang. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...