More

    HUAWEI Pura X dilancar, telefon lipat dengan skrin yang lebih besar pada 6.3″

    HUAWEI kembali dengan satu lagi inovasi dalam dunia telefon pintar boleh lipat iaitu HUAWEI Pura X, telefon lipat pertama dengan faktor bentuk lebar. Berbeza dengan lipatan gaya buku atau cengkerang biasa, Pura X memberikan pengalaman baru dengan skrin yang lebih luas dalam format mendatar. Ini bermakna pengguna mendapat ruang paparan tambahan yang boleh mengubah cara penggunaan telefon lipat.

    Daripada segi spesifikasi, Pura X mempunyai skrin luar OLED 3.5 inci dengan resolusi 980×980 dalam nisbah aspek 1:1, memberikan paparan kompak berbentuk segi empat. Apabila dibuka, pengguna akan melihat skrin utama OLED 6.3 inci beresolusi 2120×1320 dalam nisbah aspek 16:10, menjadikannya lebih selesa untuk membaca dokumen, melayari web dan menjalankan dua aplikasi serentak.

    Kamera utama 50 MP dengan OIS, lensa ultra-lebar 40 MP dan sensor telefoto 8 MP dengan 3.5x zum optikal serta 30x zum digital memastikan pengalaman fotografi yang mantap. Kamera swafoto 10.7 MP juga tersedia tetapi pengguna boleh menggunakan kamera utama untuk swafoto berkualiti tinggi.

    Dikuasakan oleh bateri 4,720 mAh dengan pengecasan berwayar 66W dan wayarles 40W, Pura X turut menampilkan Hongmeng OS 5. HUAWEI masih merahsiakan cip pemproses yang digunakan, menambah elemen misteri kepada peranti ini. Ia juga dilengkapi dengan penarafan IPX8 untuk ketahanan air, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.2, NFC, komunikasi satelit dan port USB 3.1 Type-C. Versi Collector Edition hadir dengan reka bentuk belakang kulit tiga warna, RAM 16GB dan storan sehingga 1TB.

    Harganya bermula daripada RMB 7,499 (~RM 4,580) untuk model asas manakala Collector Edition berharga RMB 8,999 (~RM 5,494), jelas menyasarkan pasaran premium. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HUAWEI China

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...