More

    HUAWEI rampas takhta Apple buat kali pertama dalam pasaran jam pintar dunia

    Pasaran jam pintar global kembali pulih pada suku kedua 2025 (Q2 2025) selepas lima suku berturut-turut mencatat penurunan. Menurut laporan Counterpoint Research, penghantaran meningkat sekitar 8% berbanding tahun lalu.

    Buat pertama kali, HUAWEI berjaya mengatasi Apple sebagai peneraju pasaran dengan penguasaan 21%. Lonjakan sebanyak 52% ini dipacu oleh permintaan tinggi di China serta pengembangan ke rantau EMEA dan Asia Pasifik.

    Apple pula jatuh ke tempat kedua selepas penghantaran menurun 3%, namun syarikat itu masih mendominasi segmen jam pintar premium berkat ekosistem iOS dan kesetiaan pengguna. Dalam kalangan pesaing lain, Xiaomi mencatat pertumbuhan 38% manakala jenama imoo turut berkembang dalam kategori jam pintar kanak-kanak.

    Samsung sebaliknya berdepan penurunan penghantaran sebanyak 3%. Secara keseluruhan, industri jam pintar dilihat berada di landasan pemulihan. Counterpoint menjangkakan pasaran akan terus berkembang sekitar 3% untuk baki tahun 2025, dipacu minat terhadap teknologi AI serta ciri kesihatan pintar.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Counterpoint

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured