More

    HUAWEI rancang latih lebih 30,000 pakar AI di Malaysia, bangunkan 200 rakan kongsi AI

    Dalam acara HUAWEI Cloud AI Ecosystem Summit APAC 2025 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) baru-baru ini, HUAWEI menyatakan perancangannya untuk melatih lebih 30,000 orang pakar kecerdasan buatan (AI) untuk membangunkan industri AI tempatan.

    30,000 orang ini termasuklah para pelajar, penjawat awam, ketua industri, think tank, pertubuhan dan lain-lain kumpulan. Inisiatif HUAWEI ini akan berlangsung dalam tempoh tiga tahun yang akan datang.

    Selain itu, HUAWEI mengatakan mereka akan turut melatih 200 rakan kongsi AI tempatan melalui pertukaran ilmu pengetahuan serta kolaborasi AI dan awanan bersama syarikat-syarikat ternama dari China.

    Perkhidmatan HUAWEI Cloud juga bakal membawa pelaburan-pelaburan AI oleh syarikat-syarikat China ke dalam Malaysia untuk membangunkan inovasi AI bersama bakat-bakat tempatan.

    Ia bakal menjadi sebahagian daripada HUAWEI Cloud APAC AI Ecosystem yang diumumkan pada hari pembukaan ASEAN AI Summit 2025 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

    Turut hadir dalam acara ini termasuklah Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo. Dalam ucaptamanya, beliau mengatakan Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) kini mempercepatkan Pelan Tindakan Teknologi AI 2026-2030 dan perundangan yang berkaitan untuk memastikan penggunaan teknologi AI dalam negara ini akan mengikuti garis etika, kelestarian dan nilai tinggi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured