More

    HUAWEI Sound Joy dilancar di Malaysia: Ditala oleh Devialet, rating IP67 dan bateri 8,800mah berharga RM699

    HUAWEI Malaysia baru-baru ini telah mengeluarkan pembesar suara mudah alih serba baharu iaitu HUAWEI Sound Joy yang dihasilkan untuk bunyi yang hebat dan reka bentuk estetik. HUAWEI Sound Joy dihasilkan bersama-sama dengan syarikat teknologi audio Perancis, Devialet.

    Jika anda pengguna telefon pintar HUAWEI, HUAWEI Sound Joy menyokong One-Touch Transfer. Apabila telefon pintar HUAWEI anda memainkan lagu, anda boleh mendekatkan telefon anda pada HUAWEI Sound Joy dan lagu-lagu akan dipindahkan serta dimainkan pada pembesar suara.

    Ia memiliki reka bentuk seperti fabrik tenunan dan menawarkan ciri kalis habuk dan air IP67. Permukaan anti-gelincir menjadikannya kuat dan tahan lama. Dengan kapasiti bateri 8,800 mAh, ia mampu bertahan sehingga 26 jam masa memainkan lagu dan sokongan pengecasan pantas.

    Berukuran 202mm tinggi dan berat 680g dengan diameter 73mm, Sound Joy menggunakan sistem pembesar suara dua hala yang boleh menyampaikan frekuensi dan bass yang tinggi. Ia juga mempunyai satu tweeter dan pembesar suara khusus untuk pertengahan dan rendah.

    Set gabungan pembesar suara dan teknologi Devialet Sam memberikan audio yang lebih tulen Ciri Shake Stereo Link Up membolehkan dua peranti HUAWEI Sound Joy memainkan lagu secara serentak. Jam Tangan HUAWEI membolehkan anda menjeda, melangkau lagu dan melaraskan kelantangan. Anda juga boleh mengaktifkan ciri Pembantu Suara.

    Pembesar suara ini datang dalam dua pilihan warna iaitu Graphite Black dan Spruce Green. Berharga pada RM 699, HUAEWEI Sound Joy boleh didapati dibeli mulai 6 Jun 2022 melalui laman rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Stores, platform dan kedai yang sah.

    Terdapat promosi bermula dari sekarang hingga 30 Jun 2022, pengguna boleh mendapatkan dua buah HUAWEI Sound Joy pada harga RM999 (RRP: RM1,398). Adakah anda berminat dengan pembesar suara ini?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...