More

    HUAWEI Sound X diumumkan di Malaysia, dapatkan ‘speaker’ bernilai RM1,299 ini secara percuma

    Pembesar suara mungkin tidak penting kepada sesetengah pengguna. Untuk pengguna teknologi yang gemar menghayati muzik, pembesar suara menjadi salah satu keperluan. HUAWEI kini mengumumkan pembesar suara HUAWEI Sound X dengan spesifikasi yang agak baik untuk anda pertimbangkan.

    Untuk pengetahuan anda, Sound X merupakan hasil kolaborasi HUAWEI bersama Devialet (sebuah syarikat teknologi audio Perancis). Pembesar suara Bluetooth ini direka dengan SAM daripada Devialet (Speaker Active Matching) yang berupaya menyampaikan audio berkualiti. Struktur dalamannya memuatkan enam twiter dan dwi-subwufer untuk bunyian yang memenuhi ruang persekitaran anda.

    Usah khuatir kerana Sound X juga boleh digunakan bersama telefon pintar Android selain HUAWEI dengan hanya satu sentuhan. Sound X tersedia dijual bermula pada 16 Mei 2020 ini dengan pilihan warna Starry Night berharga RM1,299. Jika anda ingin menginginkannya secara percuma, anda boleh mendapatkan HUAWEI MateBook X Pro secara dalam talian.

    Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured