More

    HUAWEI umumkan HarmonyOS Next, sistem operasi baharu saingan Android

    HUAWEI baru sahaja membuka halaman baharu dalam sejarahnya dengan pelancaran rasmi HarmonyOS Next. Ini menandakan sistem operasi pertama HUAWEI yang dibina secara bebas daripada Android. Ia bertujuan untuk mengalihkan perantinya kepada OS (operation system) dalaman sepenuhnya.

    HarmonyOS Next akan diintegrasikan pada peranti HUAWEI di China buat masa ini manakala keluaran global akan diumumkan kelak. Ia akan berfungsi merentasi rangkaian luas peranti daripada telefon pintar hingga boleh pakai, peranti rumah pintar dan sistem dalaman kereta.

    HarmonyOS Next menggunakan microkernel yang dibangunkan sendiri berdasarkan teras sumber terbuka OpenHarmony. Ia menyokong aplikasi melalui HUAWEI Ark bersama HUAWEI Mobile Services (HMS) yang menjanjikan kelancaran antara peranti HarmonyOS Next, awan dan ketersambungan peranti.

    Pengerusi Kumpulan Perniagaan Pengguna HUAWEI, Richard Yu mengumumkan bahawa 15,000 aplikasi dan perkhidmatan kini menjadi sebahagian daripada ekosistem HarmonyOS Next dengan lebih banyak lagi dalam proses. Versi HarmonyOS sebelum ini sedang dijalankan pada lebih 1 bilion peranti di seluruh dunia.

    Angka ini termasuk telefon pintar, tablet, boleh pakai, peranti rumah pintar dan sistem infotainmen kereta. Terdapat ciri AI yang dikuasakan oleh AI peringkat sistem berdasarkan model bahasa besar Pangu. HUAWEI juga berjaya mencapai peningkatan 30% dalam kelancaran peranti dan penggunaan kuasa 20% lebih rendah dalam komunikasi antara modul perisian.

    Ciri HUAWEI Share 2.0 menjanjikan sambungan lancar dan perkongsian fail antara peranti HarmonyOS Next yang boleh memindahkan fail 1.2GB dalam masa 8 saat sahaja. Untuk keselamatan, ia membawakan seni bina Star Shield yang dibangunkan sendiri dengan perlindungan peringkat sistem.

    Kami percaya rata-rata pembaca juga tidak sabar untuk mencuba sistem operasi baharu HUAWEI HarmonyOS Next ini kerana sudah bosan dengan OS yang sama daripada Android dan iOS. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HUAWEI

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured